Quantcast
Channel: .:: | Hikayat Si Janggut Perang | ::.
Viewing all 25 articles
Browse latest View live

Lelaki Sejati dan Jaulah Syeikhuna Dr Yusri Rusydi Al-Hasani hafizahullah ke Malaysia

$
0
0
Salam aleik..

Paneh betul cuaca sekarang ni kan? Ramai yang demam, panas dalam, batuk, selsema, dan macam-macam penyakit le lagi. Tak ketinggalan mak dan abah aku yang lemah-lemah badannya dek panasnya cuaca dan penyakit-penyakit yang menimpa. SyafahumAllah wa syafakumullah. Moga Allah segera menyembuhkan mereka berdua dan juga korang semua yang sakit-sakit. Ameen.

Bukak je pintu jamban selepas lega berak, aku pun keluar dengan melangkahkan kaki kanan seraya membaca doa seringkas

“ghufranak alhamdulillah”

Aku masuk jamban untuk berak. Tapi kenapa bila aku keluar orang buat muka heran seolah-olah dalam benak pemikiran mereka ingin sekali bertanya,

“Engko ni berak ke mandi?”

Mane taknye. Nak kabo panehnye cuaca. Tetiap kali aku keluar jamban, badan aku basah dengan peluh yang mencurah-curah ke lading gandum. Padahal tu waktu malam tu. Sebijik macam gemencheh. Eh, macam orang yang baru lepas mandi ataupun lepas main badminton kat dewan Kampung Bahagia. Tensen aku. Berapa kali aku nak kena mandi wajib dalam sehari? Penat tawu!

Ini menyebabkan aku terasa nak pasang aircond dalam jamban. Kompem dalam sehari aku akan rasa nak berak 88 kali. Sambil berak sempat tido dan rait ketas pekse bebudak. Hahaha. Seronok benor le setan sebab aku macam nak bermastautin dalam bilik termenung yang wangi dan juga merupakan habitat tetap setan tu. Disebabkan itu la aku menkenselkan hajat murni tu dan memindahkan duit yang sepatutnya aku beli aircond jamban tu kepada akaun simpanan tetap demi menjamin masa depan yang nampak semakin dilitupi awan. Fuh, ayat sastera aku sekarang makin dahsyat la semenjak lama meninggalkan blog hingga dah takde ranking dalam topblog iluvislam. Muahahaha.

Hari ni aku nak cerita sikit pasal lelaki sejati. Ada 3 cerita yang aku nak bawak. Salah satunya adalah cerita aku sendiri. Dan satu lagi cerita yang paling aku tak tahan hingga buatkan aku gelak sampai 18 hari lamanya. Hahaha.

Kisah lelaki sejati I

Kisah ini terjadi kepada anak sedara aku yang bernama tuuuuut. Hahaha. Nak tau cari la sendiri sape dia. Aku maleh nak sebutkan nama dia kat sini demi menjaga maslahah ummat. Haha.

Kisahnya begini, satu hari beliau diserahkan sebilah pisau dan digesa untuk mengambil beberapa batang bunga kantan sebab opah dia nak masak laksa la kot kat dapor. Lalu dipendekkan cerita, beliau pun hilang dari pandangan dan kembali beberapa ketika dengan membawa beberapa ketul mende ini. Cuba teka apakah dia? Jengjengjeng..




“Ini serai la.. Betuah punya budak. Serai ngan kantan pon tak kenal. Hishhhh!”

"Ini baru le bunga kantan. Ingat lepeh ni kalau orang suruh ambik bunga kantan, macam ni rupe bentuknye."

Tehehehehe. Boleh gelak aje la.

Kisah lelaki sejati II

Ini kisah aku dan abang aku pidos. Masih lagi method yang sama. Kami diserahkan sebilah pisau dan dikerah untuk pergi ke kebun sawit kami di hutan jiwau dengan menunggang motosikal kapcai Honda accord c50 dengan enjin i-vtec dan lampu bulat yang erodinamik. Kami dipaksa untuk mengambil pucuk ubi yang terdapat di tepi-tepi kebun sawit kami tu. Lalu pidos yang tengah nyenyak tido diketika itu beserta aku yang sedang khusyuk main final fantasy kat playstation dengan wajah terpaksa pergi jualah ke sana. Lalu beberapa ketika kami pun pulang dan meletakkan sebakul ‘so-called pucuk ubi’ di atas meja dapur. Lalu bertempik lah si ibu:

“Wooooiii. Pucuk ubi dengan daun ubi pon tak reti beza ke?? Astaghfirullah..”

“Ehh? Ni bukan pucuk ubi ke?”

“Nama pun pucuk. Mesti la yang belah atas je. Yang kome pegi cantas daun pokok tu semua sekali atas sampai bawah sampai bogel habis satu batang tu nak buat ape? Ni aku nak buat ape dengan daun ubi banyak-banyak sebakul ni hahh?”

“Goreng pon sodap. Muahahahhaa”


ini namanya daun pokok ubi. toksah la buat kerja membazir nak relai daun pokok ni satu-satu. orang makan dia punya pucuk jela. hahaha.

ini baru la pucuk ubi. tehehehe.

Kisah lelaki paling sejati III

Kisah ini berlaku pada sorang abang aku yang baru saja diceritakan oleh beliau sendiri ketika balik cuti raya cina baru-baru ni.

Pada suatu hari, beliau dikerah oleh isteri beliau untuk pergi ke kedai untuk tolong belikan ubi kentang. Beliau pun pergilah dengan wajah bertenang suci dan murni.

Sampai saja di kedai beliau pun pergi lah ke bahagian sayur mayur dan mendapati ada beberapa ketul ubi kentang yang dah siap dipack dalam jaring. Beliau pun dengan pantasnya mengambil sejaring kentang itu yang mungkin beratnya 1kg. Lalu beliau pun melihat pada tag harga yang ada pada jaring tersebut. Tag tersebut besar tertulis:

“TIMUN”

Lalu dengan wajah curious beliau pun terus bawak ke kaunter dan berlakulah dialog ini antara beliau dan apek tokey kedai:

Beliau: Tokey, ini ubi kentang ke timun?

Apek: Haiyaaaa, lu tara tau ka ubi kentang sama timun apa beza?

Beliau: Ntah. Rasa-rasa macam ubi kentang. Dah tak ingat dah. Kot-kot la ada timun kacukan baru ke yang rupe bentuk dia macam ni.

Apek: Haiyaaaa, ini first time la saya jumpa olang ini macam. Lu memang LELAKI SEJATI laaa. Tak pernah jejak itu pasar kan. Hahahaha.

Beliau: Kire ni kompem ubi kentang la ni? Kang kalau aku bawak balik timun kang mengamuk pulak bini aku. Dulu aku rasa kentang bentuk dia kecik-kecik je. Ni dah besor-besor gedabak ni aku dah tak kenal dah.

Apek: Butut. Itu ubi kentang.

Beliau: Dah yang ngko bubuh tag tulis TIMUN ni apehal?

Apek: Itu tersalah lekat tag la tu. Hehehe. Apepun tabik la sama lu. LELAKI SEJATI. Hahaha.

Beliau: [dalam hati] cilakak punya cina. Aku tanya betul-betul dia gelakkan aku pulak. Hampehhh.

ini ubi kentang mr potato

ini timun. err.. rasanya dekat-dekat je pun kan rupe bentuk timun ngan ubi kentang? ahahaha.


Komentar isteri beliau:

Buat malu je laki aku ni. Tu la orang pegi pasar tak pernah nak ikut. Orang masuk dalam dia tunggu dalam kete je. Kan dan kentang ngan timun pun tak reti beza.

Komentar mak beliau: [mak aku la tu]

Beliau ni memang macam ni daripada kecik lagi. Mana pernah masuk dapur. Pinggan sekeping pun tak pernah tolong basuh.

Komentar beliau sendiri:

Jenih aku kalau benda yang tak terlibat ngan urusan aku ni aku takkan ambik tahu 100%. Pegi pasar masak basuh pinggan tu semua kerja orang pempuan. Aku bagi kepercayaan untuk uruskan semua kat bini aku. Kerja aku cari duit untuk keluarga. Biar aku yang cari, bini aku tak payah susah-susah nak tolong carikan sama.

Komentar aku:

Hahahahahahaha. Aku gelak jer la.



.....




Syeikhuna Dr Yusri Rusydi Al-Hasani hafizahullah dah 2 hari dah ada kat malaysia. Frustnye rasa tak dapat nak jumpa beliau. Rindu sangat-sangat dengan syeikh. Rindu sangat nak duduk dengar curahan ilmu dan nasihat dari syeikh. Tapi.. syeikh jauh bebenor sampai ke perlis nun. Esok dah start kerja balik. Kamben tu redi jer nak pergi. Aku je lah yang tak dapat nak curi masa nak bermusafir ke perlis.. *sigh*

Ust Joe, bawak la syeikh datang teluk intan. Hehehe.

al-faqir bersama al-allamah al-murobbi Syeikh Dr Yusri Rusydi Al-Hasani hafizahullah

Berikut adalah jadual jaulah ilmiah maulana syeikh di malaysia. Kepada kengkawan yang berada di belah utara nun, jangan lepaskan peluang untuk duduk bersama ahli bait Nabi sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam ini. Korang dah dekat pun malas aku tak tau la nak cakap ape.

Jadual Jaulah Ilmiyah Maulana

Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani

Di Malaysia


anjuran : Pusat Dakwah dan Tarbiyah, Darul Islah, Perlis.



Isnin ; 1 Rabi’ul Awwal 1431 H = 15 Feb 2010 M


4.00 ptg : Sampai Di KLIA dari Mesir

8.00 mlm: Bertolak ke Alor Setar (Kapal Terbang)


Selasa ; 2 Rabi’ul Awwal 1431 H = 16 Feb 2010 M


Ziarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar, Kedah.


Rabu ; 3 Rabi’ul Awwal 1431 H = 17 Feb 2010 M


11.00 pg: Majlis undangan di Kg. Beseri Dalam, Perlis.

7.30 mlm: Majlis di Surau Imam As-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis.


Khamis ; 4 Rabi’ul Awwal 1431 H = 18 Feb 2010 M


9.00 mlm : Majlis di Dewan Bandaran Kulim, Kedah.


Jumaat ; 5 Rabi’ul Awwal 1431 H = 19 Feb 2010 M


9.00 pg: Majlis di Menara Zakat, Alor Setar, Kedah

9.00 mlm: Majlis di Dewan Besar Ma’had Mahmud, Alor Setar, Kedah.


Sabtu ; 6 Rabi’ul Awwal 1431 H = 20 Feb 2010 M


9.00 pg : Majlis di Pondok Bukit Gajah Teriak, Jitra Kedah.

9.00 mlm: Check in di KLIA berangkat pulang ke Mesir.



sumber: Ust Juzaili Juhan a.k.a Ust Joe (http://elmansyud.blogspot.com/)



Kalau aku nak pergi jugak nanti maybe hari jumaat malam dan hari sabtu jela peluang aku yang tinggal untuk aku cuba try nak ke kedah untuk jumpa syeikh kat sana. Moga-moga Allah mudahkan urusan dan tunaikan harapan murni aku ni. Ada sesiapa kengkawan yang nak ikut aku dan kamben aku ke sana nanti? Kalau ada rezeki jadi, jumaat petang kita gerak la. Papehal contact la oke.

Besok kerja kerja kerja. Nak banyakkan buat tuisyen. Cari duit lebih sikit. Tanggungjawab dah makin banyak nih. Huhuhu.

Walau apa jua situasi anda berada kini, jangan lupa untuk senyum kerana senyum itu mampu meredakan ketegangan samada dalam diri anda sendiri mahupun kepada orang di sekeliling anda.

Senyum sokmo (^_^)



Saya Sayang Kucen Saya

$
0
0
Sekarang ni saya dah bela kucen. Kucen saya sangat comel. Namanya moshi-moshi kitty. Kucen saya suka makan sayur. Terutama sup sayur. Beliau sangat vegetarian. Beliau telah dididik sejak kecil untuk berdikari mencari sayur. Setiap hari beliau akan ke pasar untuk membeli sayur. Setiap kali ke pasar beliau tak perlu pun nak keluar duit untuk mendapatkan sayur. Tak tau la kenapa murah sangat rezeki beliau. Bila beliau tersengeh menampakkan gigi, semua apek-apek di pasar tu bermurah hati menyedekahkan semua jenis sayur kepada beliau. Hari-hari beliau sujud syukur kerana mendapat perhatian serius daripada para peniaga sayur. Beliau juga merasa bertuah kerana mempunyai tuan yang baik hati dan hensem macam saya. Saya sayang kucen saya.

Pada waktu malam pula kucen saya selalu bermanja-manja dengan saya. Beliau terkadang takut untuk tidur seorang diri di laman rumah kerana takutkan gangguan anjing-anjing liar yang ganas dan menyeramkan. Kadang-kadang beliau masuk ke dalam bilik dan tidur di celah ketiak saya. Beliau rasa sangat selamat bila berada di sisi saya. Tapi, beliau aje lah yang rasa selamat. Sedangkan saya tidak. Pada suatu hari-mau, bukan beliau yang tidur di celah ketiak saya. Sebaliknya saya yang tidur selama-lamanya dalam perut kucen saya. Saya sangat sayang kucen saya. Tammat.

Inilah kucen saya si moshi-moshi kitty. Alalalaa comelnye dieeeee..

Padan muka kome. Paksa lagi aku update blog. Inilah akibatnya. Takde modey plus malas nak menaip. Hahahahaha.

Tapak Kasut Masak Kicap Pasti Sedap!

$
0
0

Kalau rasa dah lama bosan makan nasik, apa kata cuba resipi baru pulak makan tapak kasut masak kicap? Cuba sekali pasti nak bagi cuba kat orang lain pulak.

Muqaddimah yang baik. Saya berasa ahmad bangga kerana berjaya menyampaikan menu lauk pada hari ini dengan jayanya.

Resipi pasti sedap:

* 2kilometer tapak kasut (untuk tambahkan rasa cari tapak kasut yang ada melekat najis-najis sket)

* 1/2 baldi kicap masin (kalau tak mampu nak beli boleh gunakan dakwat atau kikis bontot kuali dan untuk memasinkannya boleh cuba perah baju yang basah dek peluh lepas joging merentas desa 16kilogram)

* air kolah daripada 7 buah masjid

* gula, garam dan asam jawa berkepala biawak

Cara menyediakannya:

* gaulkan semua sekali bahan tadi dalam kawah-kawah yang terdapat di permukaan bulan.

* sebelum makan bacalah Bismillah. InsyaAllah tak mudarat.

Selamat mencuba!

Kejap lagi saya nak masuk jaga periksa bebudak STAM. Dikesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengapdet blog yang baru je di apdet semalam. Alah, macam Nabi kita solat dhuha jugak. Bila Baginda solat dhuha, Baginda buat macam tak pernah tinggal langsung. Tapi bila Baginda tinggalkan, seolah-olah macam Baginda tak buat langsung pulak. Haa, kira apdet ni lebih kurang dhuha la jugak. Tengah datang moodnye, mau sehari 18x update. Tapi bila kena timingnya, jenuh tunggu tak berhapdet-hapdet pun kan. Hehehehe.

Remember! Whatever pun kesusahan dan cabaran yang kita tempuh, don't we ever forget to smile!

(^_^)

Hadith For The Day : #5 : Nabi Pernah Bergurau Ke?

$
0
0
Salam aleik

Kome semua suka bergurau kan? Melawak dengan kengkawan, bergurau dengan adik beradik, merapu dengan sedara mara memang kadang-kadang mampu menghiburkan hati. Samada kita yang buat lawak ataupun orang lain yang buat lawak depan kita, yang penting, ada gurauan yang cuba dilakukan dan ada lawak yang dibuat dan pastinya tujuannya agar ada yang terhibur.

Namun begitu, lawak-lawak yang dibuat ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa kategori dan situasi. Mari kita lihat apakah situasi itu.

Situasi 1

Seseorang itu buat satu lawak lalu tergelak atau tersenyum sikit dan orang yang mendengar lawak itu pun turut tergelak. Ini lawak standard la. Gurauan atau lawak jenis ini biasanya diterima dengan hati yang terbuka.

Situasi 2

Seseorang itu buat lawak dengan muka serius dan sikit pun tak gelak sedangkan orang yang mendengar lawak tu dah berguling-guling tahan sakit perut. Ini kompem lawak itu dibuat oleh seseorang yang selenga dan sangat berbakat tinggi dalam bidang melawak.

Situasi 3

Seseorang itu buat lawak sambil gelak terbahak-bahak sedangkan orang yang mendengar lawak tu diam membisu muka berkerut seribu kerana jenuh nak memikirkan kat mana yang lawaknye? Sangat kesian orang yang buat lawak itu. Kalau kome salah sorang dari golongan ini, udah-udah le. Rentikan le tabiat percubaan nak melawak tu. Kome memang takde bakat.

Situasi 4

Seseorang itu takde niat langsung nak buat lawak tapi tak tau la kenapa bila orang tengok muka dia je rasa nak gelak sampai betabur-tabur gigi.

Situasi 5

Seseorang itu tak sempat nak buat lawak pun lagi tapi dah tergelak dulu dah sampai tercirit-cirit. Lastnye orang tak sempat nak dengar pun lawak dia sebab on the spot dia berlari ke jamban lalu bermastautin dalam jamban tu sambil cirit meletup-letup. Ditambah pulak sambil teran sambil gelak lagi dalam tu bergema-gema sebab masih terbayang-bayang lawak yang dia cuba nak cakap tadi tu. Maka berlawan-lawanlah gema antara bunyi cirit dan bunyi gelak. Hahahahaha. Weh, aku gelak sensorang kuat giler dalam bilik guru ni. Apa la boleh datang pulak idea bengong aku taip benda ni. Hahahaha.

Situasi 6

Adalah sambungan kepada situasi 5. Orang yang sepatutnya mendengar lawak yang dibuat oleh si polan tadi tu menunggu dengan setianya di depan pintu jamban sampaila si polan itu habis cirit + gelak nya tu. Lalu pabila keluar sahaja beliau dari jamban, maka ditanyakanlah kepadanya lawak apakah yang hendak dicakapkannya hingga menyebabkan beliau tergelak sedemikian rupa? Sebaik sahaja beliau menyampaikan lawak tertangguhnya itu, maka berkerutlah dahi pipi dagu dan segala anggota orang yang mendengar lawak itu sambil berkata dengan nada pelik, “tak lawak pun.”

Situasi 7

Seseorang itu tak buat lawak pun tapi dia tergelak sebab ada benda melucukan yang menyebabkan dia gelak. Tapi orang yang duduk keliling dia pun tergelak jugak. Gelak sebab tengok dia gelak.

Situasi 8

Seseorang yang tak gelak dan audience yang dengar tu pun tak gelak jugak. Dedua buat muka biasa je. Ini bukan lawak. Ini drama aktiviti harian seperti berkebun, mandi dalam bilik ayor dan lain-lain.

Situasi 9

Bunkface dengan lagunya situasi. Muahahaha.


............



Muqaddimah aku hari ini ntahapehape je rasanya.

Sekarang baru nak masuk isi dan part serius. Hehe.

Tahukah anda Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam juga seorang yang bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat Baginda yang mulia? Baginda bukanlah seorang yang serius tak tentu pasal sepanjang hidup. Akan tetapi tahukah kita bagaimana cara Nabi kita bergurau? Adakah dengan membuat lawak seperti para pelawak membuat lawak di pentas-pentas lawak? Tidak sama sekali.

Walaupun Baginda juga bergurau dengan sahabat dan ahli keluarga, Baginda Nabi kita yang mulia tak pernah langsung seumur hidupnya ketawa berdekah-dekah ataupun yang diistilahkan sebagai “qahqahah”. Istilah dalam bahasa arab pun dah bunyi lebih kurang bahasa melayu kita. Gelak kahkahkahkah = qahqahah.

Jadi, kalau nak muhasabah diri kita balik kalau nak compare dengan Nabi, betapa jauhnya kita dari keperibadian mulia Baginda. Pasalnye kita ni keja asyik nak gelak aje. Asik nak berseronok aje. [aku la terutamanya ni….ish ish ish…] Sedangkan Nabi lebih banyak menangisnya risau memikirkan hal ummat Baginda dan hal-hal tentang status di Akhirat kelak. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah aku ni pasal banyak sangat main. Aku tahu bahawa dunia ini hanyalah tempat lagha dan tempat permainan syaitan dan nafsu akan tetapi iman yang lemah terkadang menyebabkan aku hanyut bersama permainan dunia. Allahummaghfir zanbi wa zanba man yaqulu astaghfirullahal azim. Astaghfirullah..

Ketika Al-Alim Al-Faqih Maulana Syeikhuna Ahmad Al-Hajain hafizahullah ditanya tentang Nabi, adakah pernah Baginda ketawa berdekah-dekah maka dijawap tidak. Baginda yang mulia hanya senyum dan ketawa Baginda pula diistilahkan sebagai “dhahak” bukannya “qahqahah”. Kemudian beliau ditanya lagi, bagaimana pula dengan para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin pula, adakah pernah diantara mereka ada yang ketawa dengan apa yang diistilahkan sebagai “qahqahah”? maka jawapan yang diberikan oleh Fadhilat Al-Syeikh adalah “Ya, mungkin ada diantara mereka yang pernah gelak berdekah-dekah.”

Satu perkara yang perlu diambil perhatian ketika berlakunya gurauan dan lawak melawak. Kebanyakan dari orang yang bergurau menggunakan unsur pembohongan atau penipuan untuk menjadikan lawaknya laku. Nabi Muhammad juga bergurau tapi gurauan Baginda semuanya perkara kebenaran. Baginda tidak sesekali pernah berbohong. Tak macam kita kan. Buat lawak tapi bersumberkan daripada kata-kata fitnah, pembohongan, penipuan, cerita reka-rekaan, tokok tambah, blablabla. Semua tu dah sah-sah haram hukumnya. Kalau tak digunakan untuk lawak pun dah haram. Kalau tambah guna untuk lawak, lagi la 22x haram pulak. Ya Allah, jauhkanlah kami dari menipu daya dan memfitnah dalam gurauan yang kami lakukan.

Jadi, jom kita tengok beberapa hadith Baginda yang menceritakan tentang bagaimana Baginda bergurau dengan para sahabat.

Hadith 1

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّ رَجُلا اسْتَحْمَلَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَ : إِنِّي حَامِلُكَ عَلَى وَلَدِ نَاقَةٍ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا أَصْنَعُ بِوَلَدِ النَّاقَةِ ؟ فَقَالَ صلى الله عليه وسلم : وَهَلْ تَلِدُ الإِبِلَ إِلا النُّوقُ ؟

Anas bin Malik RA mengkhabarkan:

“Sesungguhnya ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah SAW agar ia dibawa naik kenderaan. Rasulullah SAW bersabda: “Baik, aku akan membawamu di atas anak unta betina”. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Bukankah yang melahirkan unta itu unta betina?”


Tengok betapa cantiknya uslub Nabi bergurau. Kefahaman cerita ni kalau nak diolah semula mengikut ayat aku kire camni lah. Seorang sahabat mintak kat Nabi nak naik unta. Kalau dah unta yang nak ditunggang, kompem la unta besar kan. Then bila Nabi kata “okey nanti aku bawak hang kita tunggang anak unta betina” maka frust la sahabat tadi. Yela kan, anak unta kan kecik molek comey. Ade la beso kucen kot. Haha. Tak la. Takkan la beso kucen. Tapi yang pastinya kecik la. Lalu sahabat tu pun tanya la. “Laaa.. anak unta beso kuman tu camne kita nak tunggang..” Nabi pun jawap la: “Laaa.. anak unta betina ni nanti bila dia dah beso dia kawin lepeh tu dia bersalin lepeh tu mesti anak dia tu jadi unta yang beso. So, boleh la kita tunggang..”

Nak try tunggang anak unta tu? Silap-silap dia yang tunggang kome. Hahaha.

Tersenyum sorang-sorang aku bila baca hadith ni. Macam unta ni senyum. (^_^)


Hadith 2

عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ : أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ ، فَقَالَ : يَا أُمَّ فُلانٍ ، إِنَّ الْجَنَّةَ لا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ ، قَالَ : فَوَلَّتْ تَبْكِي ، فَقَالَ : أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى ، يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا

Hasan al-Basri RA meriwayatkan:

Seorang wanita tua datang menghadap Rasulullah SAW. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, doaakanlah daku kepada Allah SWT mudah-mudahan aku masuk syurga”. Nabi SAW bersabda: “Wahai ibu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua”. Seterusnya al-Hasan berkata: Wanita tua itu berpaling sambil menangis”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tolong beritahu kepada wanita itu, bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua (kat syurga nanti dia akan menjadi muda balik). Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Maka Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” - Surah al-Waqi’ah 36-37.

Nenek sape la nih. Hepi betui dia. Mesti baru lepas sambut cucu yang ke 4376.

Ada banyak lagi hadith sebenarnya yang menceritakan tentang gurauan Rasulullah. Lain kali la pulak. Aku dah mengantuk ni. Kang besok tak bangun plak subuh. Langsung aku tak pegi sekolah kang. Haha. Posting ni aku taip 80% kat sekolah pagi tadi. Sebab besok aku nak update cerita lain pulak, makanya aku pun habiskan lah cerita ni malam ni sebelum aku melelapkan mata. Maka dengan itu jumpe lagi besok. Tata.

Besok jangan terkejut la kalau kat sebelah keta merc pengetua ade kenderaan special ni. Aku bertolak dari rumah stat kul 2 pagi ni. 5 jam lagi sampai la unta aku ke sekolah. Hahaha.

Jangan lupa sebelum tido baca doa. Tolongla jangan pakai spek itam dan baca doa naik kenderaan. Please... janganla buat bidaah beso tuh. Hahaha.

Tasbah alal kheir!

(-.-) zzZZzzzzZZ....

Ini Adalah Sebuah Artikel Yang Sarat Dengan Pepatah Berkualiti Tinggi

$
0
0


Pengumuman:

Pertama: Gambar di atas ini adalah snapshot templat terbaru blog ni. Sukati korang la nak cakap ape nak komen ape.

Kedua: Hari ini hari rabu. Cuaca malam ini bagaikan pisang berbuah dua puluh lapan ribu kali. Itu je aku nak kabo untuk posting aku hari ni. Hahaha.

Takde la weh. Takkan la dah sekian lama tak tulis artikel, lepas tu bila taip, nak kabo hari ni hari rabu je. Tak lojistik betul la kome nih. Sebijik perangai kome ni macam buah keranji dalam perahu bocor. Huh.

By the way, hari ni hari rabu. Hari besok adalah hari kiamat. Eh, hari khamis. Hari semalam bagi hari esok pula adalah hari ini iaitu hari rabu. Nak dijadikan cerita, pada hari rabu minggu lepas adalah hari terakhir aku berkursus kat INTIM (Institut Tadbiran Islam Perak). Sangat bes oke kursus ni. Bagaikan pinang dibelah dua belas. Kursus ni diconduct oleh Ustaz Ahmad Ruzaini Abdul Rahman, salah seorang anak murid kanan Pak Teh. Siapa yang tak kenal dengan Pak Teh kan. Tok guru pondok kat pengkalan hulu sana tu. Bukan peluang sebarangan ni dapat ngaji ngan Ustaz Ruzaini ni. Makanya, aku pun berkhemah la 3 hari di INTIM Ipoh untuk mengikuti kursus ini. Start hari isnin dan habis hari rabu. Kejap benor masa berlalu. Laju ia berjalan bagaikan memandu kereta F1 di jalan kampung gajah ke tanjung tualang.

Dalam kursus ini, kami guru-guru bahasa Arab I’dadi dan Thanawi sekolah-sekolah agama sekitar perak yang telah dipilih menjadi peserta telah direfreshkan kembali akan pelajaran nahu dengan menganalisis Matan Jurumiah yang telah dipilih sebagai muqoror subjek nahu sorof di sekolah-sekolah agama. Tujuan kursus ni diadakan adalah untuk membantu guru-guru nahu menguasai semua bab-bab yang diajar dalam subjek ini. Yelah kan, kalau seorang ustaz nak mengajar nahu tapi tak reti nahu camne pulak. Takkan nak tukarkan subjek nahu kepada tauhu. Belajar cara-cara buat tauhu? Tak payah pergi sekolah susah-susah pun boleh tau camne nak buat tauhu. Ataupun nak belajar memandu kereta ae86 sambil membawa sebaldi tauhu tanpa menumpahkannya? Itu pun tak payah susah-susah nak kena pergi sekolah jugak. Cari je selekoh tajam kat mana-mana praktis drift hari-hari. Kompem buleh jadi laju dan pantas bagaikan kilat menyabung ayam.

Maka sepanjang kursus ni berlangsung aku berasa amat excited sekali bagaikan isi penting dengan kuku kaki. Teringat balik aku zaman belajar yang dah aku tinggalkan separuh tahun yang lalu. Zaman menadah kitab dengan para masyayikh. Aku dapat rasakan perbezaan zaman belajar dengan zaman mengajar.

Masa belajar, aku sentiasa ada kemusykilan dan sentiasa cuba untuk menyelesaikan kemusykilan itu dengan bertanya dan mengharapkan agar pertanyaan aku itu dijawab oleh para guru para masyayikh para murabbi yang mendidik aku. Masa mengajar pulak, aku dah jadi orang yang diharapkan untuk menyelesaikan kemusykilan yang dihadapi oleh seorang bernama pelajar. Ya.. sangat lain perasaan duduk dalam dua situasi ini. Ternyata aku memang masih tak dapat melupakan title aku ketika aku masih seorang pelajar yang kosong dengan ilmu, jahil dan alhamdulillah telah tersedar dari kejahilan lalu sentiasa cuba untuk mengubah keadaan diri aku daripada duduk dalam kegelapan kepada mengonkan suis lampu untuk mendapatkan cahaya.

Tapi standard la kan kalau dah namanya pelajar tu memang tak tahu sesaje. Sebab tak tahu la kena belajar. Tapi aku rasa sekarang ni walaupun aku dah bertitle guru, macam sama je kedudukan aku dengan masa aku bertitle pelajar dulu. Rasa cam jahil je lagi. Bagaikan menyembelih udang di dalam besen berkarat. Haih, kalau guru pun jahil, takut-takutnya anak murid la sesat kang. Mintak-mintaklah apa yang aku ajar budak-budak selama ni ilmu yang betul. Moga-moga Allah pelihara lidah aku daripada mengeluarkan kalam-kalam yang bakal menyesatkan budak-budak nih. Kalau budak-budak ni amalkan ilmu sesat bermula daripada awal umur diorang, kompem bila besar nanti diorang semua akan jadi umpama lampu pendaflour yang kehilangan starter.

Aku dah buat keputusan. Aku nak berhenti kerja. Yaaaa!!! Mari kita menganggurrrr!! Hahaha. Tentiba jer. Bagaikan pelangi tertusuk asap roket.


Antara guru-guru yang hadir menjadi peserta kursus di auditorium INTIM, ipoh.

Tuan Guru sedang mengajor di depan, anak murid menangkap gambor di belakang. Elok sangat la tu. Hehehe.


Al-kisah maka tersebutlah kisah..

Beberapa jam sebelum aku bertolak ke kursus, aku dapati perkara paling penting yang perlu dibawa ke kursus dah takde! Iaitulah kitab “TUHFATUSSANIAH” syarah kepada Matan Jurumiah yang merupakan silibes madah nahu ni. Kelam kabut aku cari kat meja aku ni tetap takde. Lalu ku telepon ke rumah menanyakan ibuku yang sedang khusyuk berehat di rumah. Jawapannya juga hambar. Time-time nak pakai macam ni la takde pulak. Time tak nak pakai ada je bersepah-sepah atas meja ni. Mula la aku tak senang hati bagai buaya bernama bujang senang makan nasik sambil tercekik kunyah chewing gum.

Akibat dari hal itu, aku terlambat setengah jam. Macam kura-kura berlumba lari 100 meter. Jadualnya taklimat pada pukul 4.30 petang. Tapi dengan speed kamben aku yang mencecah hanya pada kelajuan 80 km/j ditambah pula dengan kelebatan hujan yang mencurah-curah umpama koko krunch yang tumpah ke ladang gandum, aku pun sampai pada pukul 5. Bila dah settle daftar bilik, aku dapat bilik sama dengan 2 orang ustaz dari mana ntah aku pun tak ingat. Aku tau nama jela masa tu. Lalu pabila selesai taklimat kami semua peserta pun minum petang. Setelah itu, aku pun naik ke bilik yang telah aku daftar sebentar tadi. Bagasi-bagasi aku masih berada di dalam bonet kamben. Aku saje je naik ke bilik dulu dengan harapan dapat berjumpa dengan 2 ustaz yang bakal duduk sebilik dengan aku tu.

Dah la dapat bilik tingkat 3. aku tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul pun kelibat ustaz 2 orang ni. Kunci ada kat diorang. Lastnye malas dah aku nak tunggu. Maka aku pun berasa lega kerana masih belum berpenat lelah mengangkat bagasi ke tingkat 3. Sepantas kilat aku turun dan memandu keluar kambenku menuju ke pekan razaki, rumah bujang tempat sahabatku yang sebelum ni bekerja di jabatan perangkaan di ipoh. Maka, nomadlah aku di bumi ipoh tu selama 3 hari tanpa aku menetap di tempat kursus. Terima kasih daun keladi kepada sahabatku Noorhaffiz Nooraini kerana bagi tumpang tido kat bilik ko satu malam. Tido kat umah ngko umpama menatang minyak setangki. Tahniah jugak atas perlantikan ko sebagai guru sandaran SIS. Sekolah Izuddin Shah. Welcome to the club. We are the best teachers. Ngehngehngeh.


.....................


Al-kisah tersebutlah lagi kisah…

Hari kedua aku berkursus, waktu makan tengahari, macam biasalah. Aku tetap berseorangan. Bagai harimau kehilangan kuku tangan. Lalu sedang aku lahap membelasah makanan bagai singa tak makan sejam, mataku yang liar ini terpandang akan satu kelibat yang sedang asyik juga melahap di meja hujung suatu sudut. Ku dapati kelibat itu tersengih-sengih manja mengerlingku seumpama beliau ingin mengatakan, “pandang la sini..tengok la I ni..” aku secara tiba-tiba menjadi cemas umpama katak melihat stemrol.

Lalu ku teruskan pemakanan itu hingga licin hendaknya. Pinggan itu licin umpama kepala yang dicukur dengan mesin rambut jenama WAHL yang bergigi nombor 1. Hanya ada sisa-sisa kuah yang tak ku jilat-jilat. Kepala aku pun licin jugak. Ada la sisa-sisa rambut sikit nipis-nipis kan. So, lepas aku jilat-jilat jari aku ni, aku pun bingkas bangun dan menuju ke tempat basuh tangan. [itu pun nak cerita ke.. saje nak bagi panjang la tu. Hahaha.] Setelah aku membasuh tangan aku dan ia menjadi bersih umpama buih-buih di lautan pasifik, aku pun memandang sekali lagi kelibat tersebut. Dia masih lagi menyerongen. Aku pun mengambil keputusan untuk pergi ke meja beliau dan menegur beliau atas kesalahan yang beliau lakukan.

“Sape ni aa? Rasa cam kenal. Jenuh aku nak ingat tak teringat-ingat.”

“Mior Mior”

“Laaaaa…. Hang kaaaaa…Hahahaha.”

Maleh la aku nak tulih dialog panjang-panjang. Nanti artikel ni akan jadi macam biawak tertusuk duri dahan pokok kaktus. Pendek cerita, kami bertukar-tukar nombor telefon dan berjanji untuk dating bersama lepas ni. Hahahaha.

Petang tu, aku keluar lagi merayap. Kali ni bertemu janji untuk berjumpa dengan kak Wahyuni ataupun nama chinesenya, kak Kerk bersama suaminya abang Syafiq and their baby boy yang sangat comel iaitu Muhammad Fahmi JR. Serius dia sangat comel sebab nama dia sama dengan nama aku. Yelah, aku kan comel. Hahaha. Petang tu kami pun keluar makan kat mana ntah, bersembang-sembang beramah mesra dan setelah itu abang Syafiq pun menghantarkan aku balik semula ke INTIM. Ada rezeki insyaAllah kita jumpa lagi ye! Its really nice to see both of u and the cute baby.. :)


Fahmi JR n Fahmi SE (Special Edition) Hahaha.

Huish pipi.. Kuih pau 8 kilo. Rasa nak geget sampai lumat.

Jam di tangan menunjukkan pukul 6petang. Awal lagi. Kamben pun disetat dan dipandu laju menuju ke arah jusco. Sorang-sorang je aku round jusco tu bagai dinasour t-rex tersesat naik mesin masa ke tahun 2012. Aku berjalan dan terus berjalan sampai la tiba-tiba hempon aku berdering tak berapa nak kuat macam singa sakit tekak tapi degil nak mengaum jugak bunyinya.

“Mior Imran” adalah kalimatain yang terpapar di skrin hempon aku tu.

“Hello mie, hang ada kat mana?”

“Aku kat jusco. Apehal?”

“Aku rindu kat hang. Balik la cepat. Hahaha.”<----- dialog ni rasanya aku saje tambah je. Sakit hati tak mior? Hahaha.

Dipendekkan cerita lagi sebab aku dah mula rasa cerita yang aku taip ni takde paedah pun, aku pun balik la sebelum maghrib sebab lepas maghrib mior nak keluor.

Sampai je di bilik mior, azan maghrib pun berkumandang. Aku yang boleh dikatakan baru mengenali si mior ni dengan ramahnya terus bersembang-sembang lalu akhirnya dengan eksaitednya berkata:

“Weh, tunggu aku jap. Aku nak solat berimamkan hang. Bukan senang nak dapat peluang jadi makmum pada seorang al-hafiz yang berwibawa dan bekepimpinan tinggi cam hang ni.”

Maka setelah itu aku pun bersiap-siap pakai baju melayu cantik-cantik, dengan butang baju pinjam dan perfume yang dipaw dari tuan punya bilik, aku pun bentang la sejadah lalu bersedia untuk solat. Iqamah pun dilaungkan dengan merdu oleh suaraku yang lunak seperti kaler luna.

Tiba-tiba lepas habis iqamah, aku tergelak.

“Mior, hang rasa sah tak semayang kalau takde wuduk?”

Hahahaha. Punya la eksaited aku nak berimamkan al-hafiz sampai aku dah nak semayang pun tak ingat yang aku sebenarnya takde wuduk. Kehkehkeh.


.............................



Kawan baru umpama kamben yang tiba-tiba masuk kandang lembu lalu mengembu. [lembu bunyi dia menguak kan? Ke mengembu ha? Hahaha]

Biasanya kalau baru kenal ni malu-malu la sikit kan. Sembang pun cam cover-cover. Perangai pun tak kenal mana lagi. Tapi aku ngan mior ni lain sikit. Walaupun kitorang 1st time jumpa masa tu, sembang dah macam kawan yang 10 taun tak jumpa lalu berjumpa kembali. Bagaikan anak gajah yang kembali ke habitat asalnya. Cuma 1 je yang kami masih malu-malu.

Waktu nak kentut, aku malu nak lepas selambe je depan dia. Almaklumla, kawan baru. Hahahaha. Jadinya, bila aku terasa nak kentut, aku tahan dulu. Sampai la mior masuk tandas, tinggal aku sorang kat bilik, aku pun kentut. Kuat pulak tu. Aku rasa dia boleh dengar kot dari dalam jamban. Tak kesahla tu kan. Yang penting, tak sangka aku sangat bersopan. Hahahaha.

Lepas mior keluar jamban, aku punya giliran la pulak kan. Bila aku tengah bertapa kat dalam tu, aku dengar pulak bunyi kentut dari dalam bilik. Maka, jelaslah disini hipotesis aku telah terbukti benar dan disokong kuat dengan dalil souti [dalil bunyi] hahahaha.

Hipotesis: masing-masing malu nak memperdengarkan kelunakan dan kemerduan bunyi kentut masing-masing dan hanya akan melepaskannya pabila dirasakan selamat dari didengar oleh pihak musuh.

Kesimpulan: hipotesis dibuktikan benar setelah eksperimen dijalankan dengan menggunakan penunu Bunsen dan sedikit serbuk sulfur bagi menjamin keselamatan dari bahaya ancaman ular ketika sedang mengqada hajat.

Sekian, laporan amali sains PMR.

Yang benar,




....................................
(Muhammad Fahmi Amin, P.J.K, M.A.T, S.E.J., K.I.M., F.I.Z.,B.I.O.,)

Hahahahahaha.

Rasanya rugi pulak kalau aku update blog tapi langsung tak isi dengan point ilmu yang berfaedah kan. Bak kata pepatah, ilmu tanpa amal umpama kereta tanpa stereng. Jadi, sebelum aku mengakhiri artikel kurang berfaedah ni, aku nak berkongsi satu doa yang boleh diamalkan oleh kita semua terutamanya bagi mereka yang menghafal Quran. Amalkanla baca doa ni setiap kali nak mula baca atau hafal Quran.

اللهم نور بكتابك بصري
واشرح به صدري
واستعمل به بدني
وأطلق به لساني
وقو به جناني
وقو به عظمي
واسرع به فهمي
بحولك وقوتك
فإنه لا حول ولا قوة إلا بك
يا أرحم الراحمين


Allahumma nawwir bikitabika basori
(Ya Allah, sinarilah penglihatanku dengan kitab-Mu)

Wasyrah bihi sodri
(lapangkanlah dadaku dengannya)

Wasta’mil bihi badani
(jadikanlah seluruh jasadku beramal dengannya)

Wa atliq bihi lisani
(jadikan lidahku lancar dengannya)

Wa qawwi bihi janani
(perkuatkanlah hatiku dengannya)

Wa qawwi bihi adzmi
(perkuatkanlah tulangku dengannya)

Wasri’ bihi fahmi
(percepatkanlah pemahamanku dengannya)

Bihaulika wa quuwatika
(dengan daya dan upaya-Mu)

Fa’innahu la haula wa la quwwata illa bika
(sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dengan-Mu)

Ya arhamarrahimin
(wahai Tuhan Yang Maha Penyayang)

InsyaAllah berkat doa yang kita baca ni akan menjadikan kita seorang ahlul Quran yang benar-benar menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran seluruhnya bukan sekadar dibaca dan dihafal buta. Moga-moga Allah senantiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Ameen ya Rabbal alameen.


Balik semula pada cerita kursus. Setelah selesai kursus, aku pun contact la sahabat aku yang sorang ni. Memandangkan sekarang ni musim orang beranak, ramai sungguh orang beranak di sekeliling aku umpama cendawan tempura yang tumbuh meliar dalam perut selepas hujan berenti. Tak terlepasla sahabat aku yang sorang ni. Namanya Hafez. Aku panggil dia Achong. Sesetengah orang gila panggil dia warden Hafez warden tanjung rambutan yang paling garang. Hahahaha. Tapi jangan salah anggap ye. Walaupun Achong boroi, yang beranak tu bukan dia. Ofkos la bini dia. Hahaha. Jadi, dipendekkan cerita, sebelum aku chow balik teluk intan, aku ziarah la umah dia jap nak tengok baby girl dia yang kecina-cinaan tu. Maka, inilah hasilnya pemergian aku ke rumah tersebut. :)


Nur Damia Husna

Pakcik hensem datang ziarah Husna tapi Husna tido.. :)


3 orang guru ataupun ostat kat sekolah SARJANA pun beranak jugak. Ofkos la bini dorang gak yang beranak kan. Hehehe. Semuanya dapat baby girl. Haih, makin bertambah la calon bini aku ni. Kan apak kan?kan? Hahaha. Mereka itu adalah:

Cekgu Adzha mendapat cahaya mata yang diberi nama Auni Batrisya.

Ustaz Hanif mendapat cahaya mata yang diberi nama Nur Adibah Fiqhiyyah.

Ustaz Shariman mendapat cahaya mata yang diberi nama Fatimah Az-Zahra.

Ustaz Fahmi takde cahaya mata lagi. Taik mata banyak la. Hahahaha.

Hampir terlupa. Sebelum aku tangguhkan majlis ni dengan tasbih kaffarah dan suratul asr, aku nak upload satu lagi gambar. Sahabat semesir aku dah kawen. Wahai awek-awek cun di luar sana, anda semua melepas. Sekian dimaklumkan. [tapi tak tau la kalau dia ada bukak kuota lagi 3 tu. Hahaha]


Ahmad Khirwan ataupun lebih femes dikalangan masyarakat kampungnya dengan panggilan Awang. Kawen dah ko ye wan. BarakAllahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. Sape pengapit ko masa kenduri hari tu ha? Mesti hensem budaknye kan. Hahaha.

Sekian dulu dari saya. Sekian sekarang pun dari saya. Sekian karang-karang, akan datang, taun depan, abad seterusnya, sampai bila-bila pun semua dari saya jugak. Tata titi tutu!

Lupa plak artikel ni penuh dengan pepatah. Bak kata pepatah, bagai mempelai makan mempelam, kamben meragut rumput tak basuh. Salam 1 Malaysia. 2 Malaysia. 3 Malaysia. 4 Malaysia. 5 Malaysia.

Yeayyy!

Borang Musim Bunga

$
0
0


Inilah borang musim bunga (formspring)


Tentiba aku jumpa pulak web ni. Macam best je. Disebabkan aku rasa ia best, dengan ini aku pun sukacitanya mengumumkan aku bukak satu lagi slot kat blog aku ni untuk ngkome tanya aku apa-apa je soalan berkenaan dengan apa-apa aje topik.

Apa-apa saja? Ya! Tentang ape-ape aje le!

Kome nak tanya aku tentang kimia ke, tentang penggunaan rumus y=mx+c ke, tentang pembezaan peringkat kedua dan ketiga ke, tentang masalah kucen berak merata ke, cara nak tanam pokok anggur dalam bekas hidroponik ke, kenapa kamben berkaki empat ke, bila tayar kereta nak jadi empat segi ke, siapa pencipta telegram ke, hukum nun mati bertemu janji dengan aweknya ke, kata makian dalam bahasa zimbabwe ke, cara nak masukkan enjin kapal terbang dalam bonet kereta detomaso ke, harga ikan bilis sekilo di pasaran kutub selatan ke, kesan pembuangan sampah di planet pluto ke, ahhhh pendek kata apa je persoalan yang bermain di pikiran kome, jangan biarkan hidup kome terus diselubungi misteri naga. Ajukanlah soalan itu kepada aku.

Cara untuk bertanya?

1. Klik sini. http://www.formspring.me/pamiesz . Isikan soalan di tempat kosong dan tekan send. Tunggu la beberapa tahun sampai aku jawap soalan tu. Hahaha.

2. Kat tepi belah kanan blog ni pun aku dah bubuh widget untuk formspring ni. Kome nampak ke tak? Guna kaedah yang sama. Isikan jela soalan dalam petak kosong tu dan tekan send. Tunggu la beberapa abad sampai aku jawap soalan tu. Hahahaha. Eh, tadi dah gelak hahaha. Tuko plak. Hehahehahehaheha.

Macam yang dah aku tulis kat situ, kalau soalan kome tu adalah soalan yang aku memang tau jawapannya, aku akan jawap. InsyaAllah atas kelapangan masa yang ada. tapi kalau tak tau, aku kena amanah dengan ilmu. [tu pun kalau soalan kome tu soalan berunsur berilmiah la. Hehehe] Jadi, aku akan jawap dengan jawapan tak tau dan sila cari orang lain untuk jawap soalan itu. Contohnya, kome tanye kat aku soalan camni, "bile hang nak mati?" kompem sah-sah dah la aku jawap "tak tau". Aku rasa kalau tanya kat orang lain pun kome takkan dapat jawapan kepada soalan macam ni.

Perlu diingat jugak bahawasanya aku bukan ahli majlis fatwa. Jadi jangan mintak fatwa kat aku pulak. Mintak petua takpe. Tapi aku muda lagi. Takleh la bagi petua. Pemuda okey kot. Hehehe.

Sekian. Selamat Hari Raya.

Aktiviti Hari Minggu Yang Banyak Memberi Faedah

$
0
0
Assalamualaikum.

Anda dah bosan tengok blog ni tak berubah-ubah setiap kali anda masuk ke sini? Anda ingat anda je yang bosan? Kalau anda pun bosan, cuba anda bayangkan bagaimana keadaan tapir yang duduk dalam hutan tanpa ada sebarang coverage broadband pun yang sampai kepada mereka samada maxis, celcom, digi apatah lagi p1 wymax. Yang ada berkunjung dan menziarahi mereka pun hanyalah line-line berukband yang sentiasa menganggugugat ekosistem tapir yang kadangkala kita panggil tenuk dan cipan.

Amma ba’du (uslub perpindahan dari muqaddimah kepada isi)

Korang pernah tak rasa bosan buat benda yang sama je setiap kali hujung minggu? Tak pernah? Cis, jawap la pernah. Tak pandai langsung jaga hati kawan.

Untuk tidak memanjangkan kalam, apa kata sekali sekala kita tukar aktiviti biasa yang kita lakukan di hujung minggu. Cubalah sesuatu yang baru kerana ianya dapat menjernihkan minda dan menjadikan kita berfikir di luar daripada kotak pampers. Ia juga meluaskan pandangan dan pengalaman kita kerana kehidupan ini sememangnya full of excitement. Setiap hari adalah hari ibu!

Saya ada banyak cadangan untuk aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan di hujung minggu seperti ini. Anda tidak perlu tamak untuk melakukan aktiviti ini berseorangan. Untuk menjadikannya lebih meriah dan menarik, anda boleh juga mengajak bini, suami, anak, kawan-kawan, saudara mara, kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan, rakan cop, rakan muda, rakan sebaya, kelab kaunseling, kadet remaja sekolah dan pasukan fru untuk turut serta menjayakan misi mengisi aktiviti hujung minggu dengan berfaedah.

Caranya mudah. Anda hanya perlu mencapai hempon anda sendiri dengan syarat ia ada kredit ataupun bil dah dibayar dan tidak diblock, maka bukalah ke menu messages dan taiplah sepatah dua mesej kepada yang berkenaan. Ataupun anda juga boleh memicit keypad mencari menu phonebook dan memilih nombor sapa yang akan menjadi mangsa lalu menekan punat hijau atau dail. Telepon aje pun senang. Ataupun anda boleh sahaja layari laman web http://www.pamiesz.com dan ajaklah tuan punya blog tu sama untuk join venture dalam adventure yang akan anda lalui. Saya yakin tuan blog tu akan begitu teruja dengan pencapaian anak-anak anda yang lulus UPSR dengan cemerlang.

Jadi, apa lagi tunggu? Jom jalankan aktiviti kita!

Sebagai panduan untuk tuan-tuan dan puan-puan yang berkemungkinan tak berapa tahu cara nak susun ayat untuk mengajak orang lain berhujung minggu dengan aktiviti-aktiviti ini, di sini kami cuba untuk membantu. Mari kita lihat apakah aktiviti menarik itu dan bagaimanakah ayat yang sesuai digunakan untuk mengajak orang samada melalui SMS ataupun call:

1. jom kutip cendawan selepas hujan

2. jom membelah lautan mencari biawak

3. jom menuba kuda laut dalam perigi berlumut

4. jom mencandak sotong dalam almari berzip

5. jom menimba kerang di hutan belantara

6. jom merebus persona elegan dalam periuk kera

7. jom menjala cekodok dalam kolah masjid

8. jom memanjat awan memancing cacing

9. jom menangkap ikan tuna dalam tin sardin

10. jom menanam padi di tepi menara condong

11. jom berenang dan menyelam hingga ke dasar ekonomi baru

12. jom menjahit tirai akademi fantasia

13. jom meracun rumput di atas bumbung

14. jom menorah getah pemadam di ladang bikam

15. jom melipat rumput yang diragut dinasour t-rex

16. jom bagi ceramah kat kandang tapir

17. jom mengoyak daun keladi di tepian pantai

18. jom panjat gunung Kilimanjaro cari buah rambutan

19. jom golek mentimun di dalam sampan

20. jom menembak kijang di kedai haji samuri

21. jom makan nasik yang tak diperbuat daripada beras

22. jom menabur bijih besi di depan halaman encik sukiman

23. jom mengagihkan kulit kerang kepada asnaf penerima biasiswa

24. jom cari gali petroleum dalam lubang idung pijit

25. jom telepon operator tanya cara nak gosok gigi

26. jom temankan aku beli lettop kat kebun pisang

27. jom memburu iguana di padang bola

28. jom mencari kangaroo di dalam akuarium

29. jom mencukur bulu kening ikan bawal

30. jom main badminton dalam kapal selam

Sempena bulan jun yang bakal tiba tak lama lagi, cukup lah dulu 30 cadangan aktiviti ni mewakili 30 hari yang terdapat dalam bulan jun. Semoga anda dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya. Cuba gunakan kaedah cuba jaya dan rumus y=mx+c. insyaAllah biiznillah kebosanan anda melalui hari-hari minggu yang biasa-biasa aje itu akan hilang. Anda semua akan terasa perbezaan dan kelainan dalam hari minggu anda. Ia akan lebih memberi makna dan kenangan yang sangat indah dalam kehidupan kita.

Selamat berhujung minggu ya!


Ini pun salah satu aktiviti hujung minggu juga. Menternak kamben dalam wad icu. wuwuwuwu (T_T)

Ya, Semuanya Gara-gara Ilmu Yang Ditinggalkan

$
0
0
Assalamualaikum.

Aku rasa peninggalan aku dari dunia blog yang agak lama sebelum ini banyak memberi kesan terhadap skill aku dalam menulis. Kekangan masa yang agak menyesakkan pengurusan masa ataupun orang educated panggil time management telah menyebabkan aku menjadi seorang yang pasif dalam dunia blogging yang semua sedia maklum akan keaktifan aku sebelum ini. Aku seakan-akan jadi tak reti nak elaborate idea. Bahkan idea tu sendiri pun tak dapat diextract keluar daripada otak aku macam yang aku buat sebelum ini.

Kembali ke zaman silam seketika. Aku merupakan antara pelajar yang cemerlang dalam subjek matematik ketika di sekolah dulu. Namun, sejak aku menjejakkan kaki keluar dari sekolah, aku tak lagi bermain-main dengan nombor. Aku tinggalkan segalanya dalam pagar sekolah dan hanya menjadi kenangan di atas sijil SPM. Ilmu itu aku tinggalkan hampir separuh dekad lamanya. Dan kini, kecemerlangan yang aku pernah kecapi dulu tu dah bertukar menjadi habuk-habuk yang hanya sekali sekala menghembus mata. Senang ceritanya, sekarang ni aku nak congak baki duit makan nasik goreng pun kena pakai calculator. Ya, seorang yang dahulunya pelajar cemerlang yang mendapat A1 dalam subjek matematik dan B3 dalam subjek matematik tambahan ini sekarang dah tak reti untuk mengira baki RM10 yang dihulur untuk membayar mi goreng dan air horlick yang berharga RM3.60. Semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

Semua orang belajar cara solat semasa sekolah rendah lagi. Ada kelas kafa, ataupun pafa, atau fardu ain, atau kem solat, atau apa-apa jelah nama yang digunapakai, yang penting belajar tentang solat. Semua orang seronok buat amali solat sambil baca bacaan dalam solat beramai-ramai. Solat sambil menyembang-nyembang dengan kawan sebelah kanan, time sujud boleh tepuk pungkoq kawan sebelah kiri, time ustazah datang buat-buat baca kuat dan bertajwid pulak, muka sikit punya serius. Tapi bila ustazah round saf lain, mula la bertepuk-tepuk tampor dengan kawan belah belakang. Sampai la satu masa, semua orang tau solat tu wajib dan semua orang solat waktu tu.

Tapi disebabkan gara-gara ilmu yang hanya dipelajari tapi tak dipraktikkan, solat yang hanya dibuat sebab takut pada ustaz atau ustazah kat sekolah, faktor ibu bapa yang tak pernah solat di rumah, atau kawan-kawan yang mempengaruhi, menyebabkan solat hanya diketahui wajib tetapi tidak dikerjakan sepertimana pengetahuan yang ada tentang kewajipannya. Akhirnya meninggalkan solat telah menjadi tabiat dan titik-titik hitam terus membarah dalam hati menyebabkan dah takde rasa bersalah langsung bila tak solat. Perkara ini berterusan hinggalah seseorang itu telah puas dengan dunia lalu Allah mencampakkan hidayah ke dalam dada mereka lalu terkenanglah mereka akan dosa-dosa mereka selama itu dan mulalah bermain di fikiran mereka untuk mencari jalan taubat.

“Dah lebih 30 tahun aku tak solat. Kali terakhir aku solat adalah masa ujian pafa tingkatan 1. Sekarang umur aku dah hampir 50 tahun. Kawan-kawan dah ramai yang mati. Aku bila pulak? Malunya nak jumpa Allah. Dulu aku pernah belajar tentang solat. Tapi sebab dah lama tinggal, aku dah tak ingat langsung cara solat. Aku dah tak ingat langsung apa yang nak dibaca dalam solat. Nak cari ustaz mana ye nak mintak tolong ajarkan aku solat dan mengaji?”

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

Korang tak tau betapa susahnya nak menukar hobi dan kebiasaan telinga daripada mendengar lagu boyband seperti 5ive, backstreet boys, nsync, dan macam-macam lagilah kepada hobi terpaksa mendengar bacaan lagu-lagu taranum sikah, nahwand, bayati, jiharkah, bacaan Imam Sudais, Imam Ghamidi, Imam Salih Aal Talib, Imam Khalil Khusari, dan sentiasa mengadap Quran untuk menguasai 30 juzuk bacaan Quran dengan sempurna. Jiwa muda akan sentiasa memberontak kerana syaitan sememangnya tak suka dengan perubahan ini. Perubahan pada siapa? Pada mereka la. Mereka dah tentu la bukan aku. Aku surah Fatihah pun gagap.

Tentunya aku bercerita tentang pelajar-pelajar tahfiz yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke maahad-maahad tahfiz yang ada di seluruh pelusuk Malaysia samada secara sukarela ataupun terpaksa. Akhirnya setelah mengharungi ‘penjara’ mereka berjaya juga memfailkan 30 juzuk Quran dalam dada mereka. Namun begitu, dunia bukan sekadar menghabiskan sekolah maahad dan dapat habis hafalan 30 juzuk dan dapat syahadah tasmik, maka syurga terus menanti. Tidak semudah itu. Berapa ramai juga Al-Hafiz yang mengubah arah ke bidang-bidang lain dalam pembelajaran tak kurang juga yang hanyut dengan arus dunia hingga terlupa tanggungjawap untuk memelihara Quran yang telah difailkan dalam dada. Maka ilmu yang ada tak dipraktikkan. Sekali lagi gara-gara ilmu yang ditinggalkan, mereka tak mengulang Quran, tak nak mengulang, terlupa untuk mengulang, sengaja terlupa untuk mengulang, takde masa untuk mengulang, banyak lagi kerja lain nak buat selain mengulang, menyebabkan 30 juzuk yang pernah difailkan dalam dada hilang entah kemana.

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

“Aku dulu dah pernah hafal dah 30 juzuk. Tapi dah lama dah aku habis maahad. 10 tahun yang lepas aku habis maahad. Sekarang ni aku jual burger je pun. Mengajar budak-budak mengaji pun tak. So,kalau ikut ikhlas jawap, yang aku betul-betul ingat sekarang ni pun ada la 3 juzuk je kot..tak mengulang punya pasal..”

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan.

Begitulah juga yang aku rasakan melanda dalam diri setelah lebih sebulan aku tidak mengaktifkan diri dalam dunia blogging. Tidak menulis. Tidak juga membaca. Tidak blogwalking. Tidak login. Hanya mengisi masa yang ada dengan kerja-kerja di sekolah. Balik rumah dah penat, rehat dan tido. Bangun tido budak-budak ni pulak ajak main badminton. Jadual baru yang tak pernahnya ada dalam hidup aku sebelum ni.

Ini bukan ilmu yang ditinggalkan. Ini ilmu yang aku tak pernah dapat. Daripada kecik tak pernah-pernah nak bersukan. Dah tua-tua ni pulak baru nak terkedek-kedek belajar pukul bola tangkis guna raket. Walaupun setiap pukulan jarang mengena tali, hanya melibas bulu tangkis di batang raket, namun peluh-peluh tetap mengalir dari badan bak air terjun Niagara. Tu tak masuk lagi cerita kena smash kepala sampai menyebabkan ilmu-ilmu yang ada terus hilang.

Ya, semuanya gara-gara ilmu yang ditinggalkan. Eh, yang dihilangkan dengan kepala yang dismash tajam oleh tangan yang memegang raket itu. Sekian dimaklumkan.

Eh, kejap. Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena dengan penulisan aku hari ni? Oooooohhhhhh, baru perasan. Sejak mula artikel ni hinggalah kini masih takde perkataan hahahaha. Takde perkataan hehehehe kahkahkah muahahaha ngehngehngeh. Patutlah terasa macam orang tengah berkabung je. Hahahaha.

Ok, dah. Serius balik.

Tu je. Babai.

Serius betul aku. Terasa kagum pulak.

Apepun, ada ilmu yang ditinggalkan yang membawak kepada hukum ‘takpe’. Antaranya macam aku tadi tu la. Dah lama tinggal ilmu hisab. Janganlah suruh aku buat calculus pulak. Differentiation pun aku dah tak ingat nak buat macamana. Apatah lagi suruh aku kira sin kos tan. Y=mx+c yang aku tulis paling banyak dalam paper kimia dulu pun aku dah tak ingat apa fungsinya. Apepun, semua tu dah takde pekdah untuk aku. So, ‘takpe’ la kalau aku dah tak ingat. Bukannya pengetua aku suruh aku mengajor math pun.

Adapun ada satu lagi kelompok, apabila ilmu itu ditinggalkan, ia tidak membawak kepada hukum ‘takpe’. Bahkan akan dicela dilaknat dan diazab pulak kepada sesiapa yang meninggalkannya. Iaitulah ilmu fardu ain dan juga menjaga Al-Quran bagi mereka yang sudah menghafaznya. Janganlah sesekali ia ditinggalkan. Praktikkanlah segala apa yang telah kita pelajari dalam ilmu-ilmu agama dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, tasawufnya, akhlaknya dan lain-lain lagi. Janganlah sesekali kita tinggalkan Quran sebab sehari kita tinggalkan ia, bertahun-tahun ia pergi jauh dari kita.

Itu sahaja untuk hari ini. Moga-moga aku jadi lebih rajin untuk menaip di minit-minit, jam-jam, hari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan, dan jugak tahun-tahun seterusnya. Moga-moga artikel ini menjadi titik tolak kepada semangat aku untuk menghidupkan semula keaktifan blog ini yang bukan sahaja telah bersawang, namun telahpun didiami oleh jin. Nasib baik aku dah bacakan surah Baqarah dah. Besepah-sepah dorang semua lari. Tau pon takut.

Ok lah. Mak aku dah panggil makan. Dekat berapa bulan dah rumah ni takde sapa yang masak. Tiba-tiba hari ni ada nasik kat dapo. Bangga pulak rasa dapat tengok beras kat rumah ni. Biasanya bungkusan-bungkusan megi je yang bertebaran. Hahaha. Ok semua. Maassalamah. Wa ilalliqa’.

(^_^)


kartun yang dilukis oleh molly norris yang dikatakan mendeclarekan 'Everybody Draw Muhammad Day' (EDMD)

setelah bertaubat inilah explanation yang dibuat oleh beliau. korang bleh tengok seniri kat laman web beliau. http://www.mollynorris.com/ untuk keterangan lanjut.

p/s= Kepada peminat kartun south park, lupakan jelah minat anda tu. Adalah lebih baik anda minat shin chan macam aku. Lagi banyak paedahnya walaupun takde la banyak mana paedah dia sebenornya.


Fiqh Solat: Berjemaah [Ba'umbaiyan]

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah ramai ummat yang tahu tentang solat berjemaah yang pahalanya dijanjikan dengan 27 darjat lebih baik daripada solat munfarid (berseorangan). Tak payah bagi dalil hadith pun semua orang tau. Akan tetapi dalam ketahuan itu berapa ramai jugak ummat yang mengabaikan solat berjemaah dan membiarkan masjid-masjid dan surau di kampung-kampung jua di bandar-bandar sunyi sepi bagaikan rumah yang tak berpenghuni. Ia terkadang hanya diisi oleh pak imam tua, pak bilal yang menunggu masa, tok siak yang terbongkok-bongkok menyapu tahi cicak, serta beberapa ketul jemaah makmum yang bilangannya tidak sampai suku saf pun berbaris bengkang-bengkok menunggu imam mengangkat takbir. Beberapa ratus kilogram jirim manusia tu ajelah yang jadi penghias dan pengisi jirim masjid yang beratnya berapa tan ntah kalau diangkat.

Ramai yang tahu kelebihan solat jemaah tapi tidak ramai yang berusaha untuk memfaqihkan diri memahami seelok belok tentang solat jemaah. Bila dah tak faqih, mula la macam-macam kes kita nampak bila dalam saf. Ada yang angkat takbir cara otromen. Ada yang slowotion. Ada yang style robot. Ada yang style nak menebor jala. Ada yang freestyle. Ada yang paling alim tak angkat takbir pun. Mazhab mana ntah dia pakai solat tak payah takbiratul ihram. Ni mesti mazhab muniandi ni.


haram ganggu orang lain mencari khusyuk dalam solat. bila dah bebunyi bendalah tu, kita pun tak khusyuk, dengan jemaah dalam saf pun maki kita. ingat la sket silentkan hempon tu tiap kali sebelum angkat takbir solat..

“Kami tak bermazhab. Buat apa nak bermazhab. Mazhab kami adalah Al-Quran dan As-Sunnah yang dijamin 100% betul soheh lagi asoh. Ikut Imam itu, dia bukan pakai dalil hadis soheh pun. Mana boleh beramal pakai hadis dhoif. Ikut ulama tak maksum. Ulama tak lepas daripada salah dan silap. Lebih baik kita I’timad alal Quran was Sunnah. Kitalah pejuang sunnah, pembela agama yang sebenar. Orang lain hanyalah beramal dengan agama warisan yang tak tau ntah mana asal usul. Ya, kita akan masuk syurga. Untuk kita-kita ajeeee.”

Kepala hotak ngko berjambul ayam. Pejuang konon. Pembela konon. Pemecah belah ummat ada la.

ingat senang ke nak dapat khusyuk dalam solat? nak dapatkan halawatul iman tu bukan perkara yang mudah. perlukan mujahadah yang sangat tinggi melawan setan dan hawa nafsu.


Imam mazhab yang empat tu dah berijtihad sediakan jalan untuk kita sampai kepada Allah. Dorang dan para ulama mazhab dah melalui satu fasa yang getir untuk berijtihad dan mengistinbatkan hukum daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Dorang sememangnya layak untuk berijtihad kerana dorang adalah mujtahid. Bukan calang-calang orang. Dorang memang ahlinya.

Kalau nak diumpamakan dalam satu perumpamaan, para imam mazhab rahimahumullah ini diumpamakan seperti seorang kontraktor berkelayakan yang membina jalan raya dan highway. Dari teluk intan misalnya, untuk sampai ke destinasi kuala lumpur, kita boleh lalu banyak jalan.

1. Teluk intan – sabak bernam – ijok – KL
2. Teluk intan – sabak bernam – klang – KL
3. Teluk intan – bidor – tanjung malim – KL
4. Teluk intan – KL terus (guna pintu sukahati doremon)

Kan ke banyak jalan. Pilih aje lah salah satu jalan yang memang kita tau dan yakin boleh sampai ke destinasi dengan izin Allah. Cuma yang membezakannya cepat atau lambatnya aje kita sampai. Yang penting sampai. Yang kita gatal-gatal tak nak ikut jalan yang dah sedia ada, tunjuk bijak pandai pulak nak jadi kontraktor jadian, pergi tebas sendiri semak samun yang ntahkan ada ulor, ada lubang, curam, ntah ape-ape tah lagi semata-mata nak cari jalan sendiri nak ke kuala lumpur. Macamlah jalan yang kita nak tebas tu memang kompem sampai destinasi. Padahal kita ni jangankan kata kontraktor, nak tampal lubang kat dinding rumah kita sendiri pun kita panggil tukang.

Konon tak boleh ikut jalan tu sebab kontraktor dia tak berapa reti dalam sesetengah bab. Bab ukur tanah dia ok. Tapi bab turap jalan dia fail. Campuran minyak tar dan batu dia tak berapa reti katanya. Turap-turap jalan jadi kaler ijau pisang. Padahal dorang sendiri yang rabun warna tak pasal-pasal kontraktor pulak kena tuduh tar jalan kaler ijau pisang.

Sudah-sudahlah membongokkan diri sendiri tu.

Nak tuduh lagi imam-imam mazhab tu tak reti hadis? Sampai Imam Bukhari pun kena tuduh masukkan hadis dhoif dalam Sahih Bukhari? Asohhul kutub ba’dal Quran tu pun dituduh dengan tuduhan macam tu? Oh, aku lupa. Dorang memang lagi hebat daripada Imam Bukhari yang solat dua rakaat setiap kali sebelum masukkan hadis dalam Sahihnya. Dorang kalau menulis kitab mesti solat sunat 20 rakaat dulu sebelum tulis satu kalimah kan. Wow, thiqahnye!

Konon ulama tak maksum. Konon berpegang dengan Quran Sunnah. Korang paham sendiri ke Quran Sunnah tu? Cakap tak tengok waqi’. Konon ambik terus daripada Quran Sunnah. Padahal korang pun pegang pendapat ulama dalam mentafsirkan Quran dan mensyarahkan hadis. Ambik pendapat Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, pendapat Muhammad Ibn Abdul Wahab, pendapat Soleh Fauzan, Bin Baz, Dr Asri. Abes dorang semua bukan ulama? Agaknya dorang semua ulama yang maksum kot? Ooh baru tahu rupanya ulama pun ada yang maksum. Tapi tadi bukan ke kata ulama tak maksum? Apsal cakap putar belit ni? Maksum ke tak ni? Ooo.. ada yang maksum yang tak rupanya.. pulak…

“Tanyalah pada yang tahu kalau korang tak tahu.”

Korang nak tanya siapa lagi melainkan para ulama yang sememangnya kita tahu tak maksum tu? Korang nak tanya direct dengan Quran? Korang nak tanya direct dengan kitab-kitab hadith yang berbelas-belas berpuluh-puluh jilid tu? Aah, aku lupa. Korang memang lagi hebat daripada ulama kan. Eh, aku lupa lagi. Koranglah ulama. Alim kabir.


seluruh kawasan tanah di bumi ini adalah tempat sujud menyembah Allah Yang Maha Esa.


Berlapang dada lah.

Janganlah jadi pemecah belah ummat. Kalaupun dah tau diri tu hebat, belajar dah tinggi-tinggi tentang muqaranah bainal mazahib, turunlah dalam masyarakat tengoklah waqi’ yang berlaku. Tak payah lah nak extreme dan teruja sangat dengan ilmu yang Allah bagi sikit tu. Tak payah lah nak bidaah sana bidaah sini terhadap perkara khilafiyah. Sedangkan banyak lagi benda bidaah yang patut dan sangat layak untuk dibidaahkan. Tak payah lah nak tuduh orang bertawasul tu kafir dan masuk neraka. Tak payahlah tuduh orang baca selawat syifa tu syirik dan menyekutukan Allah. Kalau korang tak nak tawasul, tak nak baca selawat syifa, tak nak pergi majlis tahlil, tak nak baca qunut, duduk jelah diam-diam kat rumah tu tido. Jangan kacau masyarakat yang ada jugak nak beramal. Masyarakat yang duk sibuk-sibuk tak sembahyang langsung, hiburan melampau-lampau, aurat tak tutup, yang ketagih arak, tikam nombor ekor pun sambil pakai kupiah, menipu sana sini, ambik hak orang, hutang tak bayo, mulut asik memaki dan mencarut, sistem perbankan yang penuh dengan unsur riba, hudud yang tak dijalankan dan dipermain-mainkan, yang tu tak nak pulak difokuskan bidaahnya.

Nak jadi alim, panjang dan sukar caranya. Bukanlah semudah mengadap video Dr. Asri dan Rasul Dahari kat youtube dan terus menghafal dalil Quran dan hadis soheh yang dia sebut dan terus jadi alim dan faqih. Padahal yang menengok tu bahasa arab pun tak reti mana. Kalaupun dah terer bahasa arab sekalipun, bukanlah kealiman itu boleh didapati sekadar tahu mentelaah beribu-ribu mukasurat dalam kitab hadis, kitab fiqh tanpa ada guru dan syeikh yang ilmunya bersanad. Ulama kita dah pesan banyak kali. Jangan berguru dengan syaitan. Membaca kitab sendirian tanpa guide dari syeikh bakal menyebabkan kita lebih mudah terpengaruh dengan syaitan. Tapi, jika dah ada guide asas dari syeikh, boleh je kita teruskan pembacaan sendirian. Taklah bermakna semua kitab termasuk kitab yang kecik-kecik pun kita nak kena baca depan syeikh. Sekurang-kurangnya kita nak dapatkan futuhat daripada syeikh untuk kita memahamkan kitab dengan pemahaman sebenar yang mana ilmu ini turun secara bersanad.

“Kalaulah tidak kerana isnad, maka semua orang boleh cakap apa yang dia nak cakap”

Baca kitab sendirian masih boleh diterima. Sekurang-kurangnya kita tahu syeikh dia adalah kitab yang muktabar. Cuma ada kemungkinan dapat pemahaman yang salah. Tapi yang paling kita tak boleh terima adalah sesetengah golongan yang berguru dengan Syeikhul Akbar Maulana Al-Googel dan juga Sahibussamahah Syeikhul Masyayikh Al-Yutiub. Tengok puak-puak dorang punya video, baca puak-puak dorang punya artikel, kemudian terus teruja, terikut, dan terus nak membidaahkan orang tak tentu pasal. Paling sadis, mengkafirkan sesama ummat Islam. Wal’iyazubillah.


tiada alasan lagi untuk tidak mengerjakan solat.

Sabar syeikh.. ilmu Islam ni luas.. banyak benda lagi kita nak kena dalami termasuk ilmu waqi’ keadaan reality masyarakat setempat. Jangan terlalu extreme nak bawa pembaharuan hingga dalam masa yang sama kita tak sedar yang kita sebenarnya dah menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam masyarakat Islam tu sendiri.

Fiqh mazhab Syafie pun tak pernah habis belajar, dah sibuk-sibuk nak tarjihkan pendapat mazhab lain yang dipelajari celup-celup campur-campur rojak sana sini. Sabar dulu syeikh. Talaqqi fiqh Syafie bagi habis dulu. Belajar cara solat mazhab Syafie dulu. Dah masyi betul barula boleh buat comparation dengan mazhab lain. Supaya tahu nak beramal cara macam mana yang menyebabkan takde talfiq yang berlaku.

Serius betul aku hari ni. Menulis blog dengan serius adalah bidaah. Bidaah dari sudut lughah la. Jadi, aku telah melakukan bidaah hari ni. Habis tu tulis blog yang tak serius kira tak bidaah la ye? Sape kate.. serius pun bidaah. Tak serius lagi la. Silap-silap bleh jadi bidaah dolalah terus. Hahaha. Moga-moga ketidakseriusan aku tidak membawa kesesatan kepada orang lain. Hehehe.


"apa pasat lu olang simayang lu olang tonggeng2 itu macam?"
"kita orang Islam basuh berak bersih kita mau tunjuk sama kita punya Tuhan yang kita sudah bersih"


Habis muqaddimah.

Sekarang baru masuk balik cerita asal. Tentang solat Jemaah. Kalau tak faqih kena la bagi faqih kan. Nak jadi faqih kena la tafaqquh. Antara cara tafaqquh salah satunya adalah dengan membaca blog yang menceritakan tentang hukum hakam fiqh.

Blog ini bukan web fatwa. Jadi tak semua isi kandungan blog ni menceritakan tentang hukum hakam. Tapi ada jugaklah selit-selit sikit untuk sekadar perkongsian ilmu. Aku mengaku la aku budak lughah. Tapi aku belajar la jugak fiqh dengan para masyayikh yang bersanad ilmunya. Jadi yang mana aku tau aku kongsi la. Yang aku tak tau takkan aku nak memandai-mandai. Aku tanya la pada yang tau. Jadi jangan la drop aku awal-awal, elehhh budak lughah je pun nak cakap banyak pasal syariah. Jangan ikut pamie ni. Sesat karang.

Lantak kome la. Yang penting aku nak share. Nak terima, ahlan wa sahlan. Tak suka jangan baca blog aku. [ni ayat belagak lebih bajet bagus jer ni. Padahal aku nak suruh gak kome baca blog aku. Siapalah blogger tanpa pembacanya kan. Hehehe]


berniaga pun berniaga jugak, solat lebih utama. cari keberkatan keuntungan dan perniagaan dengan tidak meninggalkan solat sama skali.


HUKUM SOLAT JEMAAH

Qad ikhtalafal ulama fi hazihil mas’alah.

Dalam mazhab Syafie sendiri, Imam Nawawi dan Imam Rafie telah berbeza pendapat dalam menyatakan hukum solat Jemaah.

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam Minhaj: pendapat asoh menyatakan bahawa hukum solat berjemaah adalah fardu kifayah. Pendapat qil pula menyatakan bahawa hukumnya adalah fardu ain.

Imam Rafie pula berpendapat bahawa solat berjemaah hukumnya sunat muakkad.

Pendapat yang paling muktamad adalah: solat Jemaah hukumnya fardu kifayah. Kalau dalam satu kampung takde langsung yang solat Jemaah, maka pemimpin atau pemerintah diketika itu wajib memerangi setiap penduduk kampung agar kembali untuk menunaikannya.


di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Allah tetap disembah dan diagungkan.


Dah. Cukup takat tu. Belajor tak boleh banyak-banyak. Kome bukan ingat pun kalau bagi banyak-banyak. Kalau merepek bukan main ingatnya. Tapi kalau ilmu, time baca ni jela ingat. Besok tanya balik hukum solat Jemaah, jawapan yang dibagi: ce tengok blog si pamie janggut karat tu. Dah agak dah.

Wow. Muqaddimah lagi panjang daripada isi. Ini adalah satu lagi bidaah aku buat ni. Hahaha.


berjemaahlah kamu sebelum sebahagian jemaah mengusung keranda kamu ke liang lahad.


insyaAllah akan datang aku akan post masalah-masalah yang berkaitan solat Jemaah ni dalam post yang berasingan untuk setiap masalah. Doa-doakanlah azam aku dapat dilaksanakan. Kadang-kadang time ni je semangat. Lepas tu kang mula la malas nak bukak pc bila nampak bantal asik melambai-lambai mesra.


solat memagar diri kita dari melakukan maksiat dan kerosakan.


Akhir kata, tengoklah lagi baki gambar-gambar kat bawah ni. Bukti dah banyak sangat dah. Cuma manusia je yang terus lalai dan alpa lalu mencipta pelbagai alasan untuk meninggalkan solat seterusnya membutakan mata dan hati dari kebenaran.















Ya Allah.. terimalah ibadah kami.. terimalah solat kami.. terimalah doa kami.. sesungguhnya kami hamba yang selalu menzalimi diri sendiri.. maka Kau ampunkanlah kami dan berilah kami rahmat dan redhaMu.. sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani hamba-hambaMu..


Soalan Aneka Pilihan Kueh Mueh

$
0
0
Cuba ngkorang jawap soalan aku ni:

Bila aku nak apdet blog ha? bila???? bilaaaaa??? bilaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????!!!!

I. ni dah apdet la ni
II. apsal tanye soklan camni?
III. mungkin nanti oleh peterpanpizza
IV. besok bleh lusa bleh tulat bleh tonggeng bleh tebalik bleh telungkup bleh tehumban bleh ikutsukakoranglanakcakapape bleh

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, II, III, IV, V, VI, VII, VIII, VIIIIIIIIIIII
D. Semua di atas
E. Semua di bawah
F. Semua di depan
G. Semua di bawah (kami tau pilihan jawapan ni berulang. anggap jer soalan salah cetak)
H. Semua di tenggara sket dalam 30 darjah celcius ke arah garisan Sartan

Soalan objektif kita mestilah berbentuk diskriminasi. Supaya pelajar tak menggunakan kaedah elimination dengan begitu mudah. Kita mesti tahu menilai pelajar supaya kita dapat menilai kualiti pengajaran kita. Wow!

Kalau Guru...

$
0
0


Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja kena kerah

Kalau guru kurang mengajar
Dapatlah pelajar yang kurang ajar

Kalau guru tak bersedia
Di dalam kelas banyak bercerita

Kalau guru kenal pelajar
Di luar sekolah pelajarnya tak liar

Kalau guru suka berdamping
Semua pelajar dapat dibimbing

Kalau guru sentiasa sibuk
Kelasnya jadi hiruk pikuk

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca

Kalau guru selalu marah
Pelajar jadi tak tentu arah

Kalau guru tak suka pelajar
Tiada berkat ilmu yang diajar

Kalau guru banyak tahu
Bimbinglah pelajar agar berilmu

Kalau guru tak galak mencuba
Murid sekadar asyik menerima

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru ada kepandaian
Bantulah pelajar dengan kemudahan

Apa guna menjadi guru
Kalau fikiran masih bercelaru

Apa guna menjadi pelajar
Kalau masih kurang ajar




Puasa: Hukum Memasukkan Usus Ke Dalam Buntut

$
0
0
Salam Ramadhan buat semua.

Kita telahpun sedia maklum bahawa diantara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Perbuatan ini kebiasaannya diertikan dengan mengorek hidung atau dalam bahasa yang lebih saintifik dikenali sebagai melombong bijih timah. Ini bukanlah bermakna bijih dalam lobang idung seseorang yang bernama Timah sahaja yang termasuk dalam perbahasan. Bahkan mereka yang bernama Jenab, Munah, Pak Ali dan juga Encik Sarip atau sesiapa jelah yang ada nama maka semuanya termasuk juga.

Apabila hidung dikorek, proses yang berlaku adalah seruas jari dimasukkan ke dalam lubang hidung lalu dengan secebis kuku yang terkeluar dari daging jari dilekapkan ke akar target kita iaitu taik idung tu sendiri. Maka dengan kemahiran menggunakan jentera jengkaut, seumpama itu kuku tersebut akan mengaut keluar taik idung yang terlekat di dinding idung. Dengan perasaan puas dan nikmat, maka bijih pun dapat dilahirkan dengan selamat lalu beliau pun diazankan di telinga kanan. Inilah proses yang berlaku ketika pengorekan kehidungan berlaku dan kita telah dapati di sana adanya perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dan ini ternyata boleh membatalkan puasa.


Kot iye pun nak korek idung, guna la tangan kiri. Ni korek pakai tangan kanan lepas tu gaul kat nasik. Eeeeee.

Soalan:

Saya telah mengorek idung dengan nikmatnya pada bulan puasa hingga berjaya mengumpulkan taik idung sebanyak sebaldi. Dengan riangnya saya meraikan kejayaan itu. Masalahnya sekarang ni, saya terlupa yang saya sebenarnya berpuasa. Jadi, adakah puasa saya sah?

Jawapan:

Sah. Walaupun anda melombong bijih dari terbit fajar hingga terbenam matahari lalu telah mendapat kejayaan hakiki dengan memperoleh 8 lori hasil taik idung, puasa anda tetap sah kerana anda terlupa. Tapi pastikan la betul-betul terlupa. Bukan buat-buat lupa. Mentang-mentang la korek idung tu sedap.


Kami bahagia kerana kami belum baligh. Kalau kami korek idung 8juta kali pon puasa kami tak batal. Sebabnya kami puasa pun tak, nak batal apenye plak.

Soalan:

Saya mengalami buasir yang menyebabkan tanpa perlu saya teran-teran pon macam-macam yang keluar dari lubang jubur saya. Bukan sahaja najis, bahkan terkadang usus saya pun turut bergembira main gelongsor di situ. Saya pun tak tau la saya nak bergembira ke tak atas kegembiraan usus saya tu. Jadi, adakah batal puasa saya jika saya memasukkan balik usus yang dah terkeluar lepas saya berak mencurah-curah? Yelah kan, time puasa kan kita tak boleh masukkan sesuatu ke dalam rongga.

Jawapan:

Tak batal. Sebab kalau encik tak masukkan balik usus encik dalam buntut, takkan encik nak berjalan ke bazar ramadhan dalam keadaan usus tergantung-gantung meleleh-leleh keluar dari kaki seluar? Ini sebenarnya tak termasuk dalam perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Sebaliknya perbuatan ini lebih sesuai kita katakan sebagai mengembalikan orang yang sesat ke pangkal jalan. Memulangkan barang ke tempat asal. Tempat asal usus tu kan dalam buntut. Jadi, bila terkeluar maka beliau sebenarnya telah tersesat. Tak jumpa signboard. Maka kenalah kita hantar beliau balik. Kalau tak nanti makin sesat la beliau. Ini juga boleh dikiaskan kepada lidah. Jika anda menjelir lidah, kemudian setelah beberapa saat anda pun memasukkannya kembali ke dalam mulut. Adakah puasa anda batal? Anda jawaplah sendiri. Saya nak pergi kelas. Babai.

Eh, terlupa satu perkara. Memasukkan usus ke dalam buntut sebenarnya membatalkan puasa. Bila usus yang anda masukkan tu adalah usus anda tapi buntut yang anda masukkan usus tu adalah buntut orang lain. Sekian.


Buasir

Doa Hajat Untuk Peperiksaan - Dari Seorang Guru Untuk Anak Didiknya

$
0
0
Assalamualaikum para kengkawan dan sahabat seperjuangan sekalian.

Lama betul tak jenguk menatang bernama blog ini. Taklifan dengan tanggungjawab dan kepelbagaian task yang perlu diselesaikan mengakibatkan jari jemari terhalang dari menjalankan tanggungjawabnya terhadap penulisan. Oh, sungguh aku merasa kesal kerana banyak idea tertangguh yang belum aku muntahkan dalam blog ini. Jangan risau, muntah aku biasanya wangi. Sama jugaklah macam aku punya kentut. Mana ada bau telo tembelang. Mana ada bau petai. Mana ada bau-bau bacang. Biasanya orang yang cium bau kentut aku mesti berebut-rebut nak sedut dengan rasa bersyukur lalu mengucapkan terima kasih sambil bertepuk tangan dan dalam keadaan mata terpejam, dengan muka penuh feeling mulut terkumat kamit melafazkan kalimah "NIQMATT!!"

Seperti yang kita sedia maklum, musim peperiksaan sudahpun hampir. Ini menandakan, apabila peperiksaan pun dah dekat, kiamat apatah lagi. Semakin hampir kita kepada peperiksaan, semakin dekat kita dengan kiamat. Jadi bagi kita yang masih bergelumang dalam dosa, bertaubatlah kepada Allah sementara pintu taubat masih terbuka. Sok lusa bila tengah duduk dalam dewan periksa tiba-tiba malaikat Izrail tegur, jangankan kata nak jawap kertas II dengan cemerlang sambil mengangkat tangan mintak testpad extra, nak keluarkan pensel 2B daripada penselbox pun tak sempat sebab ajal memang takkan dicepatkan dan dilewatkan walaupun sesaat. Oleh itu, sementara masih boleh kentut, kentutlah sepuas-puasnya.

Hari selasa iaitu lusa merupakan hari yang mendebarkan bagi pelajar tingkatan 3 kerana mereka bakal menduduki PMR. Hari-hari berikutnya pula menanti peperiksaan SPM, STAM, Syahadah I'DADI dan THANAWI. Maka, selain mendebarkan para pelajar, ia juga merupakan hari yang mendebarkan bagi sesetengah guru atau ustaz yang kurang berpengalaman kerana biasanya sempena peperiksaan ustaz-ustaz ni akan menjadi mangsa untuk mengepalai bacaan doa bagi para pelajar yang nak menghadapi peperiksaan. Apalah salahnya sekali sekala suruh pembantu makmal ke baca doa, ataupun boleh juga import pemain bola sepak kebangsaan ataupun penjaga pusat penternakan tuntung untuk tampil membacakan doa. Sesungguhnya manusia itu tiadalah perbezaannya antara satu sama lain melainkan taqwa sahaja yang dinilai disisi Allah SWT. Allah berfirman yang mafhumnya, "mintalah kepadaKu nescaya akanKu perkenankan"



Baru-baru ini SARJANA telah mengadakan majlis bacaan yaasin dan solat hajat untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Imam yang paling hensem dalam sekolah telah dipilih untuk mengimamkan solat hajat dan mengepalai bacaan doa tersebut. Walaupun imam tersebut tak menoleh kebelakang ketika berdoa, nampak gayanya ramai yang menangis-nangis tersedu sedan kerana mendengar bacaan doa yang sangat feeling yang dialunkan oleh imam yang hensem lagi bergaya itu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan saintifik tompok-tompok air mata yang bertakung di karpet masjid. Tak ketinggalan ada juga beberapa tompok-tompok hingus dan air liur di merata-rata tempat. Ini mesti baca yasin ingat makanan kat luar je ni. Woi aku main-main jela. Mana ada tompok air mata, hingus segala bagai tu dalam masjid. Yang kome serius sangat percaya ni apehal.

Rentetan dari peristiwa itu maka ramailah dikalangan guru dan sahabat yang meminta aku untuk berkongsi doa yang dibaca pada hari tersebut. Ada yang kata malas nak karang sendiri. Ada yang kata dah jenuh cari dalam internet tapi tak jumpa-jumpa. Ha, InsyaAllah lepas aku post doa ni, korang bleh jumpa.

Jadi, bersedialah untuk mengalirkan air mata dengan tambahan efek hingus barang seliter dua. Doa ini dikarang khas untuk para pelajar, pengharapan tulus mulus dan ikhlas dari hati seorang guru untuk anak didiknya. Kepada para guru bacalah dengan nada yang penuh pengharapan dan tawakkal kita kepada Allah agar timbul rasa khusyuk dan dapat memberikan lebih penghayatan terhadap doa yang dibaca. Jangan la baca mendatar dan slow motion aje nanti dalam menadah tangan tu ada pulak lagi yang menambah tompokan lecah air liur di karpet masjid sebab tertidur dek panjangnya doa imam. Dah la panjang, tak berapa nak dengo pulak tuh.


DOA SOLAT HAJAT UNTUK PEPERIKSAAN
_________________________________

1. Mulakan setiap doa dengan isti3azah dan basmalah (A'uzubillah dan Bismillah)
2. Jangan lupa untuk berselawat ke atas Baginda Rasulillah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam
3. Bacalah pula doa memohon keampunan dosa diri sendiri dan kedua ibu bapa
4. Kemudian bacalah doa solat hajat yang masyhur dibaca dalam solat hajat biasa
5. Bacalah apa-apa sahaja doa yang anda tahu
6. Seterusnya bacakanlah doa ini dalam bahasa Melayu yang difahami oleh orang Melayu keseluruhannya:


Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dosa anak didik kami dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak didik kami, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak didik kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak didik kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.


7. Setelah itu, bacalah beberapa doa penutup dan diakhiri dengan selawat keatas Baginda Rasulillah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam dan puji-pujian kepada Tuhan Pencipta sekalian alam.


Suasana peperiksaan di sekolah

Sekian sahaja untuk kali ini. Kami para guru sentiasa mendoakan kejayaan para pelajar sekalian. Lepas dah berjaya nanti janganlah lupakan kami ya. Pepatah lama ada mengatakan,

"Guru banyak menyimbah madu di mulut pelajar, balaslah juga kepada guru paling kurang jambu madu 3 kilo, janganlah sesekali pelajar kentut tepat-tepat di muka guru, kerana guru walaupun seorang yang kuat kentut tapi kentutnya tetap wangi."

Itulah dia pepatah yang sering kita dengar di corong-corong radio sentiasa berkumandang menandakan banyaknya jasa guru-guru terhadap kita. Tak ada guru yang mendoakan keburukan dan kegagalan anak didiknya. Kalau ada jugak, kena suruh guru tu masuk tadika balik.

Suasana peperiksaan di Universiti Al-Azhar

Selamat menduduki peperiksaan bagi semua calon PMR, SPM, STAM, I'DADI, THANAWI!

Moga kalian semua thabat dan bersemangat tinggi dalam perjuangan menuntut ilmu yang takkan berkesudahan sehinggalah kita menutup mata untuk bertemu Ilahi kelak.

Ikhlas dari,

Seorang guru bahasa arab yang tak reti cakap arab...kot.

Pengumuman: Aku Akan Melangsungkan Perkahwinan (Siri II)

$
0
0
Assalamualaikum para sahabat sekalian.

Tanggal 2 April tahun 2009, aku telah pun membuat kejutan dengan membuat satu posting dalam blog ni yang bertajuk:


Bleh klik link di atas untuk mengimbau kenangan lalu. Dalam post tersebut, aku telah meninggalkan pelbagai tanda tanya dan akibat daripada post itu juga, ramai kawan-kawan telah meninggalkan tanda lebam kesan silambam, taekwando, silat, penampor, pelangkung, chokeslam, tombstone dan segala unit ukuran pembelasahan di seluruh kawasan tubuh badan aku sebagai menjawap tanda tanya yang ditinggalkan itu kerana bengang sebab kena tipu. Hahaha.

Kini setelah setahun lebih berlalu, aku kembali mengepost di blog yang sama dengan tajuk yang sama dalam siri kedua. Tentunya lah ada beza dengan siri pertama dulu. Bezanya siri kedua ni aku serius la. Takde main-main dah macam masa tu. Aku sekarang pun dah serius dan tak korek hidung di khalayak ramai dah. Sekarang aku korek dan salat kat tuala Ustaz Pett dan Cikgu Meor masa diorang takde dalam bilik jer. Hahaha.

Pejam celik pejam celik, lubang idung aku masih ada dua. Yelah, takkan tiba-tiba setiap tahun lubang idung aku bertambah bilangannya jadi tiga puluh lapan ataupun diameternya mengembang hingga jadi sebesar diameter perigi buta.

Bukan itu yang aku nak sampaikan. Semula semula.

Pejam celik pejam celik, sudah 3 tahun blog ini beroperasi. Macam-macam kenangan, pengalaman dan sahabat aku dah dapat daripada blog ini. Aku dah berkongsi macam-macam perasaan. Dari tahap kematangan yang lebih teruk dari kekanak rebina, hinggalah kini tahap kematangan yang masih lebih kurang macam tu aje aku rasa, blog ni masih ada pembaca yang membuka dan membacanya. Aku ucapkan infiniti terima kasih kepada kalian kerana memberikan sokongan kepada aku dan perkembangan Pamiesz.com. Tanpa kalian, aku rasa aku tak cukup kuat untuk menempuh pelbagai pengalaman menempuh apa yang namanya kehidupan. Terima kasih sahabat, rakan dan teman semua.

Untuk memendekkan cerita dan menghalang jari aku seniri dari menekan keyboard melalut-lalat, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan daripada aku kepada korang semua, dengan ini aku membuat pengumuman secara penyimpan mohor besar membuat pengumuman raya, insyaAllah aku akan melangsungkan perkahwinan [kali ni serius yer. Hehehe]. Sekaligus menjawap soalan yang bermain di kepala lutut korang selama ni terutamanya soalan "bile nak kawen?" yang semua orang dah tahu jawapannya "bila sampai jodoh". Sekarang jodoh aku dah sampai. Alhamdulillah, express je Allah hantar. =)

Dan sebagai penghargaan juga, aku menjemput semua rakan-rakan blogger Pamiesz.com untuk hadir memeriahkan suasana hari raya aku tu. Anggaplah sapa-sapa yang nampak anak itik dua ketul kat bawah ni tu kira dijemput secara otometiklah walaupun tak dapat kad by hand. Hehehe.

Yang tak dapat datang tu, kirimkanlah hadiah mesin basuh automatik 10kg.

Takde lah, aku taklah sematerialistik itu. [Tapi kalo betul-betul nak bagi, aku tadah jer. Hahaha.]

Yang tak dapat datang, cukuplah sekadar doa korang mengiringi majlis kami tu nanti. Yang penting adalah kehidupan selepas majlis tu. Doakan kebahagiaan kami dunia akhirat, supaya aku dapat jadi suami mithali, supaya isteri aku dapat jadi isteri solehah, supaya kami dikurniakan zuriat yang soleh solehah juga. Itu pun dah cukup dan sangat bermakna buat kami yang bakal melayari kehidupan berumahtangga lepas ni.

Yang boleh datang pun kena doakan kami dengan doa yang sama jugak tau. Moga-moga lepas korang datang kenduri aku, korang pun Allah hantar jodoh dengan express. =)


InsyaAllah..
Saya akan bernikah pada hari Sabtu ni, 13 November 2010.

InsyaAllah..
Kenduri belah Zulfa akan diadakan pada 27 November 2010.

InsyaAllah..
Kenduri belah saya akan diadakan pada 4 Disember 2010.


Jemput semua untuk hadir jika berkesempatan. Tapi kalau sampai-sampai nasik minyak dah habis, kita makan kat kedai je la lepas tu, bayor masing-masing jela ye bleh? Tehehehe.


....................


Sebenarnya aku masih blur lagi ni. Aku rasa macam risau untuk menghadapi hari sabtu ni. Tapi aku rasa tak tau apekebendenye yang aku risaukan.

Mungkin aku risau aku terkentut masa tok kadi goncang tangan aku. Saspen kot!

Mungkin jugak aku risau tok kadi yang terkentut masa dia goncang tangan aku. Hahahaha. Takkan la dia pulak yang saspen kan.

Tapi kalau aku terkentut sekalipun, benda ni sepatutnya tak jadi isu pun. Sebab zaman sekarang pun, upacara membatalkan air sembahyang orang dah tak guna cara sarung cincin dah. Masyarakat kita dah maju setapak. Pasangan pengantin batalkan air sembahyang dengan cara kentut di hadapan mic. Biasanya yang ada effect tambahan bunyi full treble and bass dan bau yang betul-betul kaw [campuran bawang dan petai maybe] akan dapat hadiah bonus penampor sulong daripada bapak mertua. Kalau bernasib baik sikit pak mertua mungkin akan bagi pedigree. Bukan makanan anjing tu. Ni Triple H punya skill ni.


..........................



Satu soalan bleh?

Lepas kawen aku tak bleh merepek camni dah ke gamaknye ye?

Bleh je. Kalau ko nak orang kata ko sewel la. Hahaha.

Kesian bini ko mie. Hari-hari terpaksa menghadapi suasana Hospital Bahagia walaupun tidak berada di tempat tersebut.

Bukan Hospital Bahagia daaa.. Tapi lebih kepada Darussa'adah. Rumah yang dipenuhi kebahagiaan. Itulah rumah kami nanti.. InsyaAllah.. =)


............................


Akhir kata, tatapilah hasil kerja tangan saya mendesign kad ini dengan Adobe Illustrator CS2. Printing fully sponsored by my brader Hishamuddin from aspati.com.my. Tengkiu berimac brader!

Untuk paparan kad yang lebih jelas, sila klik pada gambar di bawah. Kalau tanak klik, guna kanta ke mikroskop ke pon boleh jugak.










Dengan itu, sekian dulu dari saya. Kalau ada sape-sape yang nak sponsor pakej wedding fotografi ke, honeymoon ke, blehla bagitau saya yer. Kecil tapak kasut, tangki ayor saya tadahkan. Ngehngehngehngeh.


Selamat pengantin baru untuk diri saya sendiri!


\(^_^)/


Yippiiee!

Inilah Pertama Kali Aku Rasa Tak Tau Nak Tulis Tajuk Apa

$
0
0
Assalamualaikum.

Berkurun lama rasanya jari jemari ini tidak dilayangkan untuk menari ballet di atas keyboard demi mencipta sebuah artikel yang mampu mengakibatkan orang berkata di sana sini,

“Woi, Pamie dah update blog!”

Maaflah, skill menulis pun rasanya dah hilang. Banyak praktis skill lain je sekarang ni. Almaklumlah, orang dah berumah tangga. Hahaha. Ayat ini sesungguhnya mampu menjeleskan pihak-pihak yang masih belum bersalaman dengan tok kadi. Hahaha lagi.

Apapun, saya tetap menyintai bidang penulisan dan insyaAllah saya tak akan berhenti menulis selagi ada hayat dikandung badan kebajikan masyarakat. Cuma kadang-kadang facebook menjadi sebab saya termelupakan permulaan saya di alam maya sebagai blogger. Saya lebih suka menjadi blogger berbanding facebooker sebenarnya. Tapi saya sendiri pun tak tahu mengapakah sekarang saya lebih kerap membuka facebook berbanding blog. Saya harap saya dapat bertaubat nasuha dan berubah.

Sejenak terfikir bagus jugak kalau rumor yang mengatakan Mark Zuckerberg nak tutup facebook tu betul-betul terjadi. Walaupun ada sisi-sisi major yang merugikan, namun ia sangat menguntungkan bagi isteri saya. [Bagi saya belum tentu kot.] Ini adalah kerana isteri saya sangat tensen apabila saya menghadap facebook. Beliau akan berasa sunyi dan ditinggalkan kerana saya akan mengadap netbook comel saya ni sambil gelak sorang-sorang sampai beliau panggil memekik sebelah telinga saya pun saya tak perasan. Itu belum lagi beliau melakukan usaha murni meletakkan speaker 8000watt di sebelah saya sambil menyambar mikrofon membuat anouncement di telinga saya bahawa saya masih belum makan tengahari sambil menjerit manja “pegi la dapo cepat ambil nasik nanti lapo bebuih-buih mulut baru nak benti men pesbuk tu”. Kesian isteri saya. Beliau sangat kesunyian dan berasa jeles dengan facebook. Kalaulah Mark Zuckerberg ada di hadapan mata beliau, sudah tentu beliau akan mengurniakan kepada Mark akan pelempang (tentunya dengan tangan bersarung glove) barang sedas dua kerana selalu mengalihkan perhatian suami beliau daripada beliau.

Itu baru cerita isteri saya yang saya reka-rekacipta situasinya. Belum lagi cerita orang lain yang bertumbuk terajang sebab pecah login akaun facebook. Yang mati depan laptop sebab terlupa nak makan minum sebab khusyuk main facebook pun ada. Tak kira lagi yang scandal sana sini dengan aweks or balaks yang baru dikenali selama 2jam 34minit setengah kat group "menggatal". Yang terperap dalam bilik tak reti nak bercakap dengan orang pun ada, bila jumpa dengan orang suara tak boleh nak kuar, semuanya kena pakai taip jer. Almaklumlah sekarang kan senang dah ada Samsung Galaxy Tab. Facebooking anywhere anytime. Kalau nak sebut yang negatif, memang mudah sangat nak suuzzhon macam-macam kan kan kan?




Tak ada apa nak tulis sangat pun sebenarnya. Cuma sekadar nak update setelah lama blog bersawang.

Saya mulakan dengan cerita terbaru tentang diri saya sendiri dulu lah ye. Kot-kotlah ada yang nak tau perkembangan semasa saya. Saya rangkumkan semuanya dalam point-point berikut. Please take a note wisely. If necessary remember all of it and write down the point clearly in the exam paper. If you don't have exam paper, you can also use the toilet paper.

Point dan ceriteranya adalah:

1.Saya bertambah hensem semenjak dah jadi suami orang.

2.Nama saya masih Muhammad Fahmi bin Mohamed Amin sehingga hari ini. Besok, lusa, tulat, tonggeng, tebalik sampai kiamat pun rasanya itu jugaklah nama saya.

3.Saya masih berkhidmat di SARJANA sebagai guru sandaran yang lari dari UPSI dan juga merangkap warden berwibawa yang berjiwa rakyat jelata.

4.Saya masih mengajar subjek Bahasa Arab Tinggi, Nahu Sorof dan Quran. Pengetua masih belum mintak saya ajar Kimia lagi. Mesti dia takut pelajar pecah rekod 100% A+ bila beliau suruh saya ajar subjek Kimia untuk pelajar tingkatan 1. Saya memang dah agak dah semua ini.

5.Saya bermukim di kuarters guru tingkat 3 di rumah bekas ketua warden. Cukup bagus untuk membentuk stamina apabila turun naik tangga membawak kotak kargo yang penuh kitab.

6.Sambil berkhidmat mengajar di SARJANA, alhamdulillah saya juga telah Allah kembalikan ke jalan fisabilillah dengan diterima menjadi pelajar peringkat Sarjana dalam bidang Bahasa Arab Komunikasi di USIM Nilai. Bila ada kalimah ‘sambil’ dalam ayat ni, dah confirm la maknanya saya belajar secara sambilan. Walaupun memenatkan berulang setiap minggu ke Negeri Sembilan, ianya tetap menyeronokkan kerana belajar itu sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan kongsikan ilmu yang saya pelajari dari masyayikh dan dakatir saya di sana. [Boleh pulak taip post blog padahal esaimen bertimbun haram tak sentuh lagi ni.]

7.Isteri saya kata dia sayangkan saya. =)

Tu jelah kot nak kabo. Tengokla kalau rajin sok lusa update lagi.

Tata titi tutu.

Apepun, saya tetap hensem. Sekian,wassalam.

Ngehngehngehngehngeh. :D



Tauhukah anda?

$
0
0



Ikan paus sebenarnya bukan seekor ikan. Kalau tak percaya, cuba tengok dia punya MyKad. Tu pun kalau dia daftar kelahiran dia kat Jabatan Pendaftaran Negara la.

Tahukah anda?

Ikan paus sebenarnya adalah seekor mamalia. Bukan mamamia mahupun mumia.

Tahukah anda?

Ikan paus bernafas dengan udara di atas permukaan air dengan menggunakan lobang hidongmu tatap menjadi pojaan hatiku yang berada di atas kepala hotak beliau.

Tahukah anda?

Kalau ikan paus bernafas ikut lobang hidongmu tatap menjadi pojaan hatiku, beliau tatap tak boleh hidup di darat.

Tahukah anda?

Ikan paus akan sakit dan rasa macam senggugut bila badan beliau tak terkena air.

Tahukah anda?

Ikan paus dengan ikan sardin ada perbezaan ketara. Sudah tentu ikan paus tak muat masuk dalam tin macam ikan sardin.

Tahukah anda?

Ikan paus dengan Firdaus tak ada kena mengena. Mungkin orang yang nama Firdaus kawan-kawan akan panggil Daus tapi beliau tetap tak akan ada kena mengena dengan paus.

Tahukah anda?

Ikan paus tak boleh hidup atas katil budak perempuan. Dipeluk-peluknya deme akan ikan paus itu sampai kempis dan terburai kekabunya.


Tahukah anda?

Bahawa anda tak tahu apa-apa pun.

Tahukah anda?

Bertanyalah pada yang tahu kalau anda tak tahu.

فاسألوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون

Tahukah anda?

Anda dengan ikan paus sebenarnya ada satu persamaan.

Tahukah anda?

Anda adalah makhluk ALLAH. Paus juga adalah makhluk ALLAH.

Tahukah anda?

Paus sentiasa berzikir kepada ALLAH siang dan malam.

Tahukah anda?

Orang yang malas nak berzikir kepada ALLAH sebenarnya adalah lebih teruk daripada ikan paus yang tak pernah pergi sekolah tadika apatah lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan universiti.

Tahukah anda?

Dah berapa kali saya bertanya kepada anda dengan pertanyaan tahukah anda?

Tahukah anda?

Tahukah anda?

Tahukah anda?

Kome tau ke idak ni yop?

Mung tahu ke dop?

Hang taw ka?

Hal ariftum?

Do you really know?

Wakarimashta ka?

HAH??!!

Jawap la kalau berani!!

Hahahahaha. Dah la. Nak wat esaimen bertimbun lagi ni. Malas la nak layan kome. Babai.

"Sayangilah hidupan laut"

Wassalam.

Misteri Sebuah Kehilangan

$
0
0
Assalamualaikum kawan-kawan semua!

Tengok tajuk pun kome dah boleh agak apa sebenarnya yang berlaku kan? Satu misteri yang hingga kini masih belum dapat dirungkaikan. Detective Conan dan Sherlock Holmes pun dah berhempas pulas cuba menyelesaikan masalah ini namun mereka masih menemui jalan buntut.

Sebenarnya apa yang berlaku?

ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن
Setiap sesuatu yang Allah kehendaki ia berlaku maka ia berlaku, adapun setiap sesuatu yang tidak Allah kehendaki ia berlaku maka ia sekali-kali tidak akan berlaku.

Iye kami tahu tu. Allah sememangnya Maha Berkuasa melakukan setiap sesuatu. Tapi kami nak tahu ape yang berlaku tentang misteri tu sebenarnya? Ce cite ce cite ce cite..

Alkisah maka tersebutlah kisah. Tayyib. Sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang maha mulia sultan firaun. Tujuannya adalah untuk mengadu masalah yang berlaku di kampung mereka. Terdapat segelintir kancil liar yang bermaharajalela di Sekolah Menengah Dato Maharajalela. Kancil-kancil lain di hutan merasa terpinggir apabila beberapa ekor kancil memasang enjin Mira turbo L200 siap dengan bodypart L502 moderno hello kitty kucikuci sekali. Ramai kancil yang tak berpuas hati kerana tak lepas inspection JPJ. Maka akhirnya sultan firaun pun memperkenankan hajat mereka dengan memanggang semua kancil-kancil itu beramai-ramai dan jadilah pesta BBQ terhebat pada malam itu.

Ok ok, aku tahu bukan ini kisah yang kalian mahukan.

Mungkin kalian berkehendakkan kisah pilih kasih. Siapakah yang akan disingkirkan oleh Roshahimi Nor sebagai pengetua pada episod kali ini? Kita dapat lihat lakonan yang sangat berkesan oleh sang kancil. Mungkin kali ni sultan firaun yang akan tersingkir dan tersungkur? Segala-galanya terpulang kepada undian anda. Ingat, undi anda adalah rahsia. Kami akan tetap menjalankan amanah menjalankan pilihanraya secara telus dan telur rebus.

Ok ok, jangan pukul aku. Aku tak main-main dah. Kali ni aku serius. Hnsss hnssss. Terkeluar-keluar taik hidung aku sebab nafas turun naik tanda serius.

Ceritanya bermula begini.

BEGINI.

Dan ianya berakhir begitu.

BEGITU.

Dah. Itulah ceritanya. Hahahaha.

Sebenarnya kisah ini mengambil tempat shooting di Library Universiti Sains Islam Malaysia, tempat aku sambung belajar sekarang. Biasanya blog aku sebelum ni penuh dengan kisah-kisah kampus terutamanya masa aku kat mesir kan? Tapi sekarang ni dah tak banyak kisah student life aku abadikan dalam blog ni dek kerana beberapa faktor.

Pertama:
Tak ade mase nak menaip macam dedulu. Iyelah, dulu masa aku hanya terbahagi dua, samada pegi kelas, kalau tak pegi kelas aku naip blog, kalau tak naip blog, aku pegi kelas, heaven jer rasa takde pape tanggungjawap. Tapi kini, masa aku terbahagi lapan ribu. Nak merait ketas peksa bebudak, buku latihan, wat menet mesyuarat, tulis RPH, kertas kerja program, usrah nuqaba, susun jadual warden, bawak budak sakit ke klinik, pantau budak ponteng solat n prep kat asrama, halau budak yang main sampai megrib, tolong isteri masak ngemas rumah basuh kain, bermanja-manja ngan isteri, bawak isteri balik umah mertua aku, bawak isteri balik umah mertua dia, amik mak aku bawak gi umah aku, sambut mak mertua aku yang datang umah aku, buat tusyen untuk cover income bulanan, pegi workshop untuk rawat penyakit sawan kamben, ngadap tenet mencari mendownload kitab untuk bahan esaimen, bukak pdf sejibik sejibon dan baca untuk tengok mana yang sesuai sumbat dalam bahas, retype bahan, print, stepler, potostet, drive 3-4jam setiap minggu untuk ke kuliah, ahhhh, malas dah la aku nak tulis diari aku kat sini. Yang penting aku rasa kengkadang tu aku nak sikat janggut pun tak sempat, apatah lagi nak basuh berak pakai sabun dove. Padan muka. Baru kau tahu kini apa itu erti tanggungjawap. Sape suruh kau kerja, kahwin dan belajar serentak. Rasakanlah kenikmatannya race against the time. Kahkahkah.

Kedua:
Tak ade tenet 24 jam macam masa kat mesir dulu bleh isytirak umah arab. Sekarang ni aku hanya bergantung harap pada wireless yang dibekalkan oleh pihak sarjana. Kalo ade line tu, ade la. Kalo takde tu, takde la. Tapi sebenarnya alasan ni tak berapa best pon. Sebab orang bleh bangkang aku balik sambil makan kueh bengkang. Macamlah tak boleh taip dulu, bila ade line tenet kang upload jerla. Iye, iye, aku tau point bangkangan kome tu. Aku dah tulih dulu dah.

Ketiga:
Tak ade kengkawan yang nak dishare citenye kat sini. Yelah dedulu aku hidup ngan kengkawan, duk serumah ngan kengkawan yang pelbagai spesies. Tentunya banyak benda yang bleh aku ceritakan terutama dari sudut kesengalan mereka. Sekarang ni walaupun aku masih student, tapi aku hidup bersama isteri tercintaku. Masakan aku mahu menceritakan tentang masakan beliau yang membuat perutku mencomel setiap hari ni. Hahaha.

Keempat:
Dulu kampus life aku terasa kekampusannya dek kerana majoriti masa hidup aku adalah di kampus. Sekarang majoriti masa hidup aku rasanya dalam kete je. Kesana kemari aku bermusapir. Sampai bonet kamben aku tu penuh dengan bebarang yang membuktikan ia boleh diiktibar sebagai rumah kedua aku seperti raket, bulu tangkis, berus gigi, ubat gigi, deodorant, tuala, hanger, kain pelikat, langsir, rak buku, gergaji, pokok tebu, dan sliding door.

Kelima:
Cukup la kot. Banyak-banyak cerita pun bukan masuk exam pun mende-mende nih.

Berbalik kepada kisah sebenar yang berlaku di USIM yang telah dinyatakan sebentar tadi.

Pada suatu minggu, tersebutlah kisah pertama kali kaki ini menjejaki bangunan bernama maktabah di USIM ni. Dengan pimpinan Syeikh Fauzi, aku pun dibawa ke tempat kejadian yang juga sebenarnya dia bawak aku atas permintaan aku jugak.

Dengan niat yang tulus suci dan murni, iaitu untuk mencari bahan esaimen dan meminjam buku, aku pun memasuki tempat yang telah disebutkan tadi.


Inilah rupa sebahagian rak buku di tingkat 1 maktabah USIM. Banyak lagi ruang kosong menunjukkan masih banyak kitab yang belum berisi. Tak tau la plak kalau ade kitab yang halimunan kat situ. Nampak macam takde tapi bila pegang penuh rak. Ayoookkk misteriiiii..


Jalan punya jalan belek punya belek, aku pun ternampaklah kitab karangan Abu Al-Ala' Al-Ma'ri yang juga merupakan bahan utama yang perlu aku tulis dalam bahas yang akan datang. Memang itulah yang aku cari sebagai bahan tambahan.


Ini rak buku. Bukan rak kasut. Kalau tak boleh beza antara rak buku dengan rak kasut, rasanya tak payah masuk universiti la kot. Cuba try repeat subjek kat tadika sampai rektor tadika tu pecat korang. Dasar belum mumayyiz.


Akan tetapi satu perkara yang aku belum bagitau tadi dan akan aku bagitau sekarang, aku round-round maktabah tu mencari kitab sambil dalam keadaan menahan berak sebenarnya. Sakit perut tapi sebab teruja tengok kitab banyak, aku tahankanla dulu kejap sementara menghayati saff kitab tu satu persatu. Sekali sekala rasa jugak urat buntut tu menolak-nolak taik keluar. Tapi aku pasti mereka semua belum keluar lagi. Cuma dah dihujung-hujung tanduk la. Sehinggalah aku jumpa kitab Abu Al-Ala' tu, aku rasa tanduk pun dah nak patah dan-dan tu dah. Lalu aku pun intai kod rak tu supaya aku dapat kembali ke pangkal jalan setelah mengeluarkan apa yang nak sangat keluar tadi.


Yang terlekat di rak itu namanya kod. Makhluk biru di sebelahnya itu namanya Syeikh Fauzi.

Dah tentu la aku masuk tandas lelaki didahului dengan bacaan doa dan disusuli dengan langkah kaki kiri. Tak ndak aku dikencin dan diberak oleh setan ketika aku sedang nikmat melepaskan hajat di situ.


Dipendekkan ceritera, aku berak lama sebab makan nasik lemak lauk ayam banyak sangat sebelum tu. Setelah keluar dari tempat termenung, aku pun kembali ke tempat kitab yang aku nak tadi tu. Pusing punye pusing, aku tak jumpe dah kitab tadi tu. Lebih dari 7x dah aku tawaf. Kire dah dapat pahala sunat dah tu. Sape pulak yang hambek? Hanya beberapa belas menet membawak ke beberapa puluh menet jer aku berak takkan ada yang mendengki dengan menyeludup keluar kitab tu? Ia sememangnya menjadi satu misteri. Misteri sebuah kehilangan kitab pasca ketermenungan di bilik termenung. Hingga kini masih menjadi misteri yang belum diuraikan.

Kalau anda nak cuba selesaikan misteri ni, ce cuba ce cuba..


Pemandangan maktabah dari tingkat atas. Tingkat atas punya kitab tak boleh pinjam. Hanya boleh digunakan untuk tengok dan wat rujukan je.


Ye, saya tahu anda nak sebut nampak macam takde orang kat situ kan? Student macam nampak lebih suka bergebang kat karnival berbanding spend time mentelaah kat library kan? Sebenarnya bukan takde sape kat situ. Ramai je malaikat tengah study kat situ. Cubalah husnuzzhon sikit.


Akhir kata, esaimen saya belum siap-siap lagi. Ini lagi satu misteri yang saya sendiri pun malas nak rungkaikan. Kalau ada sape-sape yang volunteer nak selesaikan misteri ni untuk saya, sila contact saya di talian hayat. Jasa anda sangat dihargai. Saya hargai je, anda tak payah la letak harga ye. Ngehngehngeh.

Selamat malam dan wassalam.


38 Gurindam Cinta (Part I)

$
0
0

Janganlah korang harapkan gurindam yang indah-indah, apatah lagi mengharapkan aku nak belikan korang robot Gundam. Lagi la teman tak kesior.

Janganlah korang harapkan adanya Part II bila tajuk tertulis Part I. Itu semua hanya bertujuan untuk mengaburi mata masyarakat majmuk.

Mari sama-sama kita hayati gurindam madah cinta ini. Semoga cinta kita kepada Allah SWT akan kekal buat selama-lamanya. Fokus pada cinta Agung sebelum kita tumpu pada cinta sesama makhluk. Cintailah Pemilik Cinta lebih dari segalanya. Rawatilah hati hiasi peribadi dengan cinta sejati.



C.I.N.T.A :

1. Cinta takde kena mengena dengan megi cintan.

2. Cintan selalu dikaitkan dengan cintun. Adakah mereka adik beradik kandung seibu sebapa seatuk senenek seuncle seaunty seketurunan sesusurjalur? Hasil kajian menunjukkan takde langsung pun orang kata cintun tu sejenis megi. Kerana megi cintun pun memang tak wujud dalam pasaran.

3. Cinta bukan hanya dirasai oleh orang cina. Cinabeng pula adalah antara kata-kata makian yang digunakan, tentunya bukan untuk orang yang dicintai.

4. Takde siapa yang dapat buktikan cinta itu buta sebab sampai sekarang pun masih takde sorang pun manusia, saintis mahupun doktor yang mampu buktikan cinta tu mempunyai mata.

5. Cina buta merupakan salah satu tindakan yang dilakukan kesan akibat terlalu cinta.

6. Orang dahulu kala mengeja perkataan cinta sebagai chenta. Ia tiada sebarang kaitan dengan planta, plasenta dan plasma tv.

7. Orang yang bercinta biasanya mempunyai hati yang berbunga-bunga. Akan tetapi, dalam dunia ni memang kita tak pernah jumpa lagi bunga-bungaan yang tumbuh dari hati yang diletakkan di dalam pasu.

8. Orang yang bercinta biasanya mandi tak basah. Itupun sebab dia mandi guna cahaya matahari. (sunbath)

9. Orang yang bercinta biasanya tidur tak lena. Itupun sebab nyamuk hurung kaki dia. Sape suruh tak pasang ubat nyamuk dan pakai kelambu.

10. Orang yang bercinta biasanya makan tak kenyang. Biasalah, makan ikut sunnah. Kalau kenyang sangat kang mengantuk pulak. Kertas periksa banyak lagi tak rait ni.

11. Orang yang bercinta biasanya hidup dalam dunianya sendiri. Kompem dah la sebab mustahil pulak diorang nak hidup dalam akhiratnya sendiri. Dorang kan belum mati.

12. Orang yang bercinta suka dengar lagu-lagu jiwang. Dah tu ada ke orang bercinta yang suka ulang-ulang play lagu negaraku?

13. Orang yang bercinta ni sensitive. Orang dah suruh pakai sensodyne tak nak. Colgate relieve pun ada kedekut nak beli.

14. Cinta, rindu, sayang, kasih, adalah beberapa perkataan yang mempunyai kaitan dan persamaan. Ya, kaitannya itu semua adalah perkataan dalam bahasa Melayu.

15. Aku cinta padamu adalah lagu yang menaikkan Siti Nurhaliza dalam industri seni tanah air. Sedangkan aku benci padamu adalah ayat yang menjatuhkan semangat seseorang manusia yang cuba nak mengorat manusia yang lain.

16. Cinta bukanlah suatu jenis makanan yang boleh dimakan begitu sahaja.

17. Dalam bahasa perancis, cinta disebut sebagai JE T’AIME yang bermaksud kalau u sayang kat I belikan I jet.

18. Terdapat persamaan antara perkataan MENYINTAI dan MENCINTAI. Iaitu kedua-dua perbuatan ini takde kena mengena dengan perbuatan MENYIUMTAHI atau MENCIUMTAHI.

19. Cinta itu subjektif. Paper II 60 markah. Biasanya paper I objektif 40 soalan. Paper II cantum markah dengan paper I dapatla markah penuh.

20. Bencinta adalah perasaan seperti biskut. Kejap benci kejap cinta. Tak istiqomah langsung.

21. Taik kucing , kalau dibaca berulang-ulang kali dengan kelajuan 260km/j akan membentuk satu kata-kata yang cukup romantis. Nak test? Ce try baca lelaju ce terai ce terai. Taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taik kucing taikkucing taikkucing taikkucing taikkucing taikkucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucing taikucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucingtai kucintai kucintai kucintai ku cintai mu wahai taik kucing……

22. Jangan terlalu cinta kelak akan binasa. Orang yang terlalu sayangkan awek / balak / bini / laki sanggup bunuh diri bila pasangan dorang dah tak lagi bersama dorang. Ada lebih baik korang bunuh nyamuk ada jugak faedahnya.

23. Jangan pula terlalu benci nanti akan datang perasaan cinta. Berapa ramai orang yang kawen dengan pasangan yang satu hari dulu adalah orang yang paling dorang tanak jadi bini / laki dorang. Ingat, Allah tu kan “Muqallibal Qulub” yakni Yang Membolak-balikkan Hati.

23. Antara cinta dan cita-cita, ditengah-tengahnya ada cerita. Drama ke katun ke ikut korang lah.

24. Mencintai seseorang yang tidak mencintaimu adalah sungguh menyakitkan. Tapi tak lah sakit sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang mencintai dan bernapsu dengan kaum sejenis. Puak ni kompem sakit otak.

25. Tidak mencintai seseorang yang sangat mencintaimu merupakan satu kerugian yang amat besar. Tapi lagi rugi besar gile babas kalau tak pergi solat jemaah kat masjid angkat takbir bersama-sama dengan imam.

27. Perempuan itu hatinya di mulut manakala lelaki pula mulutnya di hati. Pondan pula mulutnya di mulut dan hatinya hilang ntah kemana. Oleh kerana itu, lelaki terkadang rasa susah atau jarang sekali cakap kat isteri dia “I love U” atau “Abang sangat sayang isteri abang” atau kalimah-kalimah seumpamanya walaupun pada hakikatnya sang suami sangat menyayangi isterinya.

28. Memendam rasa cinta akan menyeksakan jiwa. Memendam rasa nak berak akan menyeksakan dan memulas-mulaskan perut. Usah le tahan-tahan berak. Tak elok untuk sistem pernafasan.

29. Cinta tak berbalas terkadang akan mengundang pengamalan sihir. Berbalas sihir akan mengundang rasa dendam. Dendam pula mampu mengundang neraka jahanam. Jahanam lah orang yang menggunakan sihir untuk memutuskan cinta antara pasangan suami isteri.

30. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan luka namanya jika darah tak keluar. Bukan darah namanya kalau warnanya emas. Bukan emas namanya kalau tak berkilau. Bukan kilau namanya kalau tak gelek Che Mek Molek.

31. Cinta sejati adalah mengharapkan kebahagiaan untuk orang yang dicintai. Walaupun orang yang dicintai tu cakap dia bahagia cintakan orang lain, hati kita boleh redha dan kata, “aku pun turut bahagia sebab ngko bahagia”, bukannya cakap “aku akan buatkan ngko masuk hospital bahagia sebab ko tak bagi aku bahagiakan ko”

32. Cara untuk mendapatkan cinta adalah dengan memberikan cinta terlebih dahulu. Jangan harap la nak dapat cinta kalau yang diberikan itu adalah rasuah.

33. Memberi seseorang seluruh cinta kamu bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kamu kembali. Memberi pinjam seseorang Playstation Portable bukanlah satu kepastian yang mereka akan pulangkan balik natang tu. Membelanja kawan makan tengahari di kedai mamak bukanlah satu kepastian yang mereka akan belanja kamu balik makan malam di kedai tomyam. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Jangan harapkan mangkuk kueh dipulangkan jiran. Nantikan sahaja cinta untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak mekar-mekar, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kamu. Nantikan sahaja mangkuk kueh itu kembali ke rumah kamu, tapi sekiranya tidak datang-datang, jiran kamu itu memang mangkuk..

34. Cinta kerana kecantikan paras rupa akan hilang bila disimbah asid. Cinta kerana kereta Porsche Cayenne akan remuk bila eksiden tebabas langgor divider kat highway. Cinta kerana kecantikan iman takkan pudar dan akan sentiasa disimbah nur kasih sayang.

35. Cintailah cinta kerana cinta itu apabila dicintai maka orang yang dicintai akan lebih merasa dirinya dicintai oleh orang yang menyintai dengan cinta yang dicintai. Berapa banyak cinta daaaa..

36. Mungkin hari ni seseorang mencintai seorang kekasihnya. Dan mungkin juga keesokan harinya setelah mengenali seseorang lain yang dirasakan lebih memahaminya, berubah perasaan itu dalam sekelip mata. Mungkin hari ni seseorang makan nasik. Dan mungkin saja keesokan harinya setelah jemu makan nasik akan berubah perasaannya mencintai chicken chop.

36. Bercinta memang susah. Untuk dicintai juga memang susah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu lagi la susah. Habeh ape yang senangnye?

37. Cinta monyet susah untuk didetect. Ada sesiapa dari bidang zoology yang pernah buat kajian tentang bagaimana monyet bercinta?

38. Ada apa dengan cinta? Macam-macam adaaaaa…



CINTA ITU APA YA?

Cinta merupakan satu anugerah yang Allah bagi pada hamba-Nya yang bernama manusia. Rasa-rasa kita pun tak pernah dengar lagi ada mak ayah yang namakan anak dorang dengan nama Muhammad Manusia. Bukan tu la maksud aku. Maksudnya kita semua la, manusia, orang la. Hish, lurus bendul sangat pun payah jugak kome nih.

Cinta merupakan naluri yang ada pada setiap manusia. Samada manusia itu hidup dengan cinta normal, ataupun cinta yang tak normal, tetap ada rasa ingin dicintai dan ingin mencintai. Cinta tak normal camne plak ek? Bercinta sesama lelaki. Bercinta sesama perempuan. Manusia bercinta dengan haiwan. Tak tau la kalau kome kata percintaan jenis ni normal. Bayangkan, sorang lelaki yang berbulu lebat ditangan dan di kaki, merenung mata sorang lelaki lain yang muka ala-ala jambu batu. Putih tapi berbijik-bijik [jerawat tak sempat nak kikis] lalu tangan lelaki berbulu lebat tu pun naik dan mengusap-usap pipi si jambu dengan lemah gemalai. Sesekali seseskala terpecah jerawat dan mengalir larva darah dari biji jerawat itu. Sambil tersenyum manja tisu dikeluarkan, larva dilap lalu satu ciuman p
aling romantik dilayangkan di pipi lelaki tersebut. Terus ajak pergi tidur hotel dan berlakulah adegan cinta antara mereka. Bodo, aku geli la taip seumpama haram jadah ni. Aku yang suruh bayangkan, tapi bila aku yang bayangkan aku sendiri rasa nak muntah. Tak payah la bayangkan. Hahaha.
Link

Allah yang menciptakan cinta dalam setiap hati manusia. Maka, Allah yang tahu cara terbaik untuk menguruskan cinta yang telah diciptakan-Nya. Sebab tu la, disyariatkan oleh-Nya akan perkahwinan dan diharamkan dalam syariat-Nya akan perzinaan. Ini telahpun banyak kita sentuh dalam artikel yang paling top dalam blog ni satu ketika dulu iaitu perkahwinan dari perspektif Islam. Sila rujuk semula artikel tersebut untuk penjelasan lanjut. Klik SINI.



Dah. Cukup la dulu. To be continued…

Bersambung Part II pada artikel yang aku pun tak tau taun bile plak aku nak tulih.

Selamat Beralam Ria Cuti Sekolah!

AL-Azhar dan AL-Kohol

$
0
0

Assalamualaikum semua pembaca PAMIESZ.COM

2 tajuk paper yang aku nak highlite hari ni.
(mesti ada sebahagian yang nak tanya aku soalan kat bawah ni sambil wat muka tekejut beruk panjat kelapa)
"Betul ke ko baca paper ni mie?"
Lantak kome lah nak percaya ke tak.

Tajuk Pertama:

Gagal periksa Al-Azhar: Hanya 425 daripada 786 pelajar kita lulus Bahasa Arab sesi 2010/2011


...Bagi sesi 2009/2010 hanya lima daripada 630 pelajar kita yang gagal berbanding sesi terbaru.
...Kurangnya penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar di negara ini menjadi punca kegagalan mereka meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.
...Berikutan ramainya pelajar yang gagal, pihak universiti terbabit kini menetapkan 2 syarat baru kemasukan pelajar:
1. Lulus imtihan qabul
2. Perlu mendapatkan sijil "Non Objective Certificate" daripada kerajaan Malaysia

Kesimpulannya: marilah belajar Bahasa Arab. Kuatkan semangat, tingkatkan usaha, buang putus asa dan jemu, sahut cabaran, yakin boleh, terus belajar sampai mati.


Tajuk kedua:

Peniaga alih "bir halal" dari rak.

IPOH: Arahan supaya mengasingkan penjualan ‘bir halal’ dari rak jualan produk minuman tidak beralkohol dipatuhi kebanyakan peniaga apabila rata-rata premis dan kedai 24 jam di bandar raya ini didapati mengikut arahan berkenaan.

Tindakan mengasingkan botol ‘bir halal’ berkenaan dilakukan sebagai reaksi tindak balas selepas Harian Metro mendedahkan kandungan 0.5 peratus alkohol yang ditemui di dalam ‘bir halal’ hasil ujian makmal kimia di Johor.


Isnin lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha yang mengadakan program di Sungai Siput di sini, turut mengarahkan penjual dan peniaga mengasingkan penjualan sejenis minuman beralkohol sebagai ‘bir halal’ di setiap premis perniagaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna Islam daripada membelinya.

Wartawan Harian Metro yang melakukan tinjauan ke beberapa premis di bandar raya ini semalam mendapati minuman botol ‘bir halal’ itu diasingkan oleh pekedai dan sengaja diletakkan bersama minuman keras.


Seorang pekerja premis 24 jam ditemui berkata dia menerima arahan dari pihak pengurusan yang mengarahkan pekerja premis supaya mengasingkan botol ‘bir halal’ itu dari rak peti sejuk diisi minuman berkarbonat lain.


“Saya disuruh mengeluarkan semua botol ‘bir halal’ itu tiga hari lalu dan meletakkannya bersama botol arak lain. Ramai pelanggan setuju dengan tindakan kami itu,” katanya ketika ditanya.

Othman yang dihubungi berkata, pengusaha premis perniagaan perlu lebih bertanggungjawab dan peka dengan hukum Islam terutama membabitkan isu produk halal dan haram.


Menurutnya, peniaga kedai dan premis makanan disaran tidak meletakkan minuman itu yang disahkan kandungan alkohol bersama dengan barangan halal lain.

“Peniaga dinasihatkan tidak mencampurkan minuman berkenaan dengan barangan atau minuman halal yang lain, sebaliknya meletakkan minuman itu di ruang khas. Ia bagi memastikan pengguna Islam mengetahui minuman itu haram diminum.


“Selain itu, pengguna Islam dinasihatkan jangan membeli minuman berkenaan kerana ia sudah dijelaskan mengandungi kandungan alkohol yang melebihi daripada yang ditetapkan,” katanya.


Difahamkan sijil halal swasta yang ditunjukkan pihak pengedar bir halal itu di Malaysia sebelum ini, adalah sijil halal yang tidak diiktiraf Jakim sejak sekian lama.



Kesimpulan: Kedai-kedai makanan nasik arab banyak jual menatang nih. Nasib baik aku tak pernah minum. Kepada yang pernah minum, tengah minum, baru nak minum, baru nak pegi beli untuk minum, lupakanlah hasrat kome semua tu dan bertaubatlah. Jagalah diri kome dan ahli keluarga kome daripada api neraka. Ayor haram tu woih.


Kesimpulan lagi untuk kedua-dua tajuk yang dihighlitekan:


Kata Johan kepada Zizan:

"Penat-penat aku hantor ngko pegi Universiti AL-Azhar, balik-balik AL-kohol jugak yang ngko cari."

Budak-budak Al-Azhar tak layan alkohol ye Encik Jozan..

Sekian,
Wassalam..

Kalau Ye Pun Tak Puasa Nam, Janganlah Tunjuk Lapo Sangat Sampai Mengigit Ular Sawa Yang Tak Bersalah

$
0
0


Assalamualaikum semua pembaca setia Pamiesz.com

Pertama dan selamanya saya bersimpati terhadap ular sawa terbabit yang digigit dengan rakusnya oleh manusia kurang waras yang tiada aqidah terhadap Allah sebagai Tuhan dan tentunya tidak pernah mengambil tahu yang Allah lah yang mengharamkan arak dan meletakkannya sebagai syariat Islam kerana terlalu banyak keburukan atau kesan penunggang botol arak kepada kehidupan manusia seluruhnya.

Apa yang kita dapat lihat pada hari dewasa ini, yang mana tidak dapat kita lihat pada hari kita kanak-kanak belum mumayyiz dulu, bukan sahaja manusia yang menerima kesan keburukan arak, bahkan Persatuan Ular-ular Sawa Sedunia (PUSS) juga telah membuat sidang muktamar tergempar dan menyimpulkan resolusi bahawa mereka merasa pening dan terpinga-pinga apabila tentibe mereka digigit oleh manusia sedangkan dalam masa yang sama itu adalah perbuatan mereka yang sepatutnya menggigit manusia sepertimana yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak berkurun lamanya. Mereka tidak dapat terima hakikat ada manusia yang mampu melakukan gigitan yang lebih berbisa dari lagu Hattan biso bonar.

Allah sememangnya Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Itu yang paling bonar.

Saya tengok kawan-kawan blogger saya ramai jugak yang dah kecundang macam saya. Blog dah 3 4 bulan tak update, ada yang update 1 year ago, 3 years ago, ada yang tutup terus, tapi ada jugaklah yang masih mengekalkan pace mereka dengan menghapdet sekali sekala dan tak kurang ada jugaklah yang masih aktif sangat-sangat lagi.

Penonton yang dihormati sekalian,

Dunia blogging merupakan salah satu medium yang boleh dianggap penting dalam era globalisasi masa kini yang menuntut kita supaya tidak ketinggalan memeriahkannya. Mengikut statistik yang direka sesukahati oleh seorang penulis blog terkemuka masakini (yang tentunya hensem), bilangan rakyat Malaysia yang buta komputer hanya tinggal hampir 0.0000000001% sahaja yang hidup bahagia lagi di mukabumi Malaysia yang permai ini.

Jadi hakikat sebenarnya, rakyat kita rata-ratanya sudah tersangat pandai mencari info, hukum hakam halal haram, menyiapkan kerja sekolah, assignment, membeli belacan yang mak suruh belikan secara online, melakukan transaksi internet banking untuk membayor hutang 8kupang kepada pakcik yang jual putu mayam, menggunakan GPS untuk mengesan kedudukan atuk yang sesat jalan ketika mencari jamban di belakang rumah dan juga mengkompletekan segala bagai tugasan dengan hanya menaip keyword yang mahu dicari di kotak-kotak search engine seperti yang biasa dilakukan oleh Syeikh Google kita. Maka dikala itu, kala jengking pun merasa pelik kerana kenapa pulak tetiba nama beliau disebut di sini?

Tuan-tuan dan puan-puan sidang jumaat yang dirahmati Allah.
*(Sila tukar hari jumaat kepada hari apa-apa aje yang tuan-tuan dan puan-puan baca artikel ini. Kalau hari rabu, maka tukorkanlah jadi sidang rabu, kalau hari raya, maka tukorkanlah jadi sidang raya, kalau hari jadi, sidang jadi, harimau, sidang mau, dan sidang-sidang seterusnya hatta yaumil qiyamah.)

Memandangkan tempat kerja saya yang baru telah mengambil inisiatif bijak tindakan efektif dan inovatif dengan memblock facebook yang menjadi rutin harian saya ketika berada di SARJANA, maka dengan ini saya mengumumkan saya akan kembali aktif berblog insyaAllah. Inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, saya akan kembali kepada fitrah saya yang bermula sebagai seorang blogger dahulunya dan akhirnya terjebak dalam kancah fesbuk yang mencengkam diri dan kini kembali kepada fitrah berblog. (Kalau aku beli broadband besok aku men jugak pesbuk balik. Kehkehkeh)

Oh, hampir terlupa, mungkin tak semua orang tahu, saya telahpun berhenti daripada khidmat saya sebagai seorang Guru Sandaran di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA). Alhamdulillah, Allah telah murahkan rezeki saya pada bulan Ramadhan yang lalu dengan mengurniakan saya nutfah yang masih membesar dengan sihat menjadi embrio dalam perut isteri saya yang saya sangat cintai hinggalah akhirnya embrio itu akan bertukar menjadi baby yang ditiupkan roh dan lahir ke dunia dengan selamat (insyaAllah). Juga Allah murahkan rezeki saya lagi dan lagi dengan mencampakkan saya hidup di bandar metropoliten kini sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Kolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, Kajang. Alhamdulillah ala kulli hal wa ni'mah.

InsyaAllah di sinilah akan saya jadikan platform untuk saya terus membina karier dan menyuburkan kecintaan saya terhadap Bahasa Arab di samping cuba memberikan pendidikan yang terbaik yang mampu saya berikan kepada generasi akan datang supaya mereka juga turut sama dapat merasai zouq mencintai Bahasa Al-Quran dan bahasa pertuturan Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam. Pengajian Master saya juga dapat diteruskan dengan lebih mudah dengan penghijrahan saya ke Kajang ni. Tak lah saya tersengguk-sengguk lagi drive thru the road to USIM setiap minggu dari Kampung Gajah sana nun.


Hagah-hagah yang sedia untuk disumbatkan dalam lori untuk ditelegramkan ke Kajang


Hari Raya saya pada tahun ini tidaklah berapa seronok sangat kerana isteri saya pun muntah-muntah bila tengok muka saya, mungkin kerana saya terlalu hensem dan wangi, dan saya pun tak banyak menziarahi saudara mara pada tahun ini kerana saya lebih banyak menziarahi stor kedai-kedai runcit mencari kotak dan juga memacking barang-barang untuk dibawa bersama ketika berhijrah nanti.

Ok lah kengkawan, saya rasa saya nak menaip setakat ini sahaja untuk hari ini. Kejap lagi saya nak pergi jumpa dengan tuan rumah sewa yang bakal saya duduki di Sg Ramal Luar, Kajang. Area metropoliten ni sewa rumah rata-rata seribu ke atas. Punah harapan aku nak sewa banglo. Ingatkan banglo area ni sewa sekitar RM200 jer. Rupanya sangkaan aku selama ni sangatlah meleset. Hahaha.

Jangan lupa puasa nam Syawal yer. Cukupkan pahala setahun. :)
Wassalam.

Viewing all 25 articles
Browse latest View live